Ultralearning by Scott H. Young

Belajar sesuatu yang baru boleh jadi pengalaman yang menakutkan. Masa mula – mula explore something, kita akan rasa tak reti rasa macam bodoh betul dan rasa kenapalah aku buat kerja gila ni. 

Scott H. Young dalam buku dia bertajuk Ultralearning : Accelerate Your Career, Master Hard Skills and Outsmart The Competition membawa satu perspektif yang berbeza bila nak explore sesuatu. You can explore something totally new and nail it. Okay nak belajar new language? Boleh je.

If you can learn, you can do anything. 

Buku ni bukannya tentang hari ni belajar esok terus pandai. 

Buku ini bercerita tentang macam mana kita yang totally new in something boleh explore apa yang kita nak explore dan mungkin boleh capai tahap expert. It’s a growth process. Menjadi ultralearner ni memerlukan kerja keras dan juga sistem yang betul. 

Dalam buku ni James Clear ada berkongsi pengalaman dia menjadi ultra learner. Dia belajar photography. Macam mana dia yang bukan pro ambil gambar boleh belajar photography pula ni? Jawapannya dia ambil 100,000 gambar dalam masa setahun. Bukan 1 gambar. Bukan 10 gambar. Tapi 100,000 keping gambar. 

Learning by doing. 

Directness. buat , experiment dan tengok progress. James Clear fokus kepada active practice bukannya belajar secara passive learning. 

Passive learning creates knowledge. 

Active practice creates skill. 

Has skin in the game. 

Sebelum saya tulis lebih lanjut apa yang saya belajar daripada buku ni, sangat penting untuk tahu apa itu ultralearning. 

Definisi Ultralearning

Scott H. Young ada cakap, 

Ultralearning is a strategy for acquiring skills and knowledge that is both self – directed and intense.”

Kalau kita nak pecahkan definisi ultralearning ni, kita boleh pecahkan: 

  1. Ultralearning is a strategy. Dia bukannya membuta tuli buat tanpa tujuan. Tak jadi. 
  2. Ultralearning is self – directed. Dia bukannya ada orang rotan kita supaya kita buat. Ianya adalah pilihan kita sendiri. It’s about how you make decisions about what to learn and why. Kenapa kita nak belajar sesuatu tu? Adakah kita dipaksa belajar ataupun kita betul – betul nak belajar? 
  3. Ultralearning is intense. Kebiasaannya orang yang ultra learner, memang mereka all – out in doing what they do. Mereka bukannya celup celup kaki eh test the water lepas tu tengok orang power merentan tak tentu hala. When they choose something, they do it all out. 

Okay kita dah faham definisi ultralearning. Jadi apa next move pula? 

Principles of Ultralearning 

Next moves adalah fahamkan principles of ultralearning. Ada 9 principles of ultralearning yang boleh kita aplikasikan bila nak masuk mode ultra learner. 

Principle #1 : Metalearning : Draw a map 

“Start by learning how to learn the subject or skill you want to tackle. Discover how to do good research and how to draw on your past competencies to learn new skills more easily.” 

First, kena ada map. Kita nak pergi mana? Nak belajar apa? Sebelum pergi belajar, kena jelas dengan nak pergi mana. Kenapa kita nak belajar sesuatu tu? 

Principle #2: Focus : Sharpen your knife 

“Cultivate the ability to concentrate. Carve our chunks of time when you can focus on learning, and make it easy to just do it.” 

Kena fokus kepada apa yang kita nak belajar. Jangan pula melompat – lompat tak tentu hala. Mana mahunya jadi pro in something kalau kita meleweh buat sesuatu. Focus. 

Principle #3 : Directness : Go straight ahead 

“Learn by doing the thing you want to become good at. Don’t trade it off for other tasks, just because those are more convenient or comfortable.”

Nak belajar sesuatu? Good. Belajar dengan buat. Bukan sekadar belajar sampai tak sudah. Kena juga mula buat. Directness. 

Principle #4 : Drill : Attack your weakest point 

“Be ruthless in improving your weakest points. Break down complex skills into small parts; then master those parts and build them back together again.” 

Bila belajar sesuatu yang baru, breakdown kan apa yang kita nak belajar tu jadi small chunks. Jangan all out hentak belajar semua benda dalam satu masa. Overwhelm nanti. 

Principle #5 : Retrieval : Test to learn 

“Testing isn’t simply a way of assessing knowledge but a way of creating it. Test yourself before you feel confident, and push yourself to actively recall information rather than passively review it.” 

Test to learn. Kalau tengah belajar new language, kena berlatih bercakap bukannya sekadar belajar teori. Kena buat praktikal juga. 

Principle #6 : Feedback : Don’t dodge the punches 

“Feedback is harsh and uncomfortable. Know how to use it without letting your ego get in the way. Extract the signal from the noise, so you know what to pay attention to and what to ignore.” 

Sometimes kita akan terima feedbacks dan feedbacks tersebut mungkin agak ‘keras’. Jangan risau. Take it as a learning experience. Selagi kita dapat feedback yang boleh bantu kita grow, welcome any feedbacks. Tak semestinya kita kena terima bulat – bulat semua feedback yang kita dapat. Kena belajar tapis. 

Principle #7 : Retention : Don’t fill a leaky bucket 

“Understand what you forget and why. Learn to remember things not just for now but forever.” 

Sangat common kita akan lupa apa yang kita belajar. Kena tengok kenapa kita mudah lupa. Adakah sebab kita tak faham ataupun kita tak rasa benda tu penting? Belajar ni bukan nak guna hari ni je. Kalau boleh kita nak guna lama. 

Principle #8 : Intuition : Dig deep before building up 

“Develop your intuition through play and exploration of concepts and skills. Understand how understanding works, and don’t recourse to cheap tricks of memorization to avoid deeply knowing things.” 

Belajar sungguh – sungguh dan jangan cari shortcuts. 

Principle #9 : Experimentation : Explore outside your comfort zone 

“All of these principles are only starting points. True mastery comes not just from following the path trodden by others but from exploring possibilities they haven’t yet imagined.” 

Explore outside comfort zone. Nak jadi ultralearner dan boleh mahir dalam sesuatu, kena tengok apa yang kita boleh duduk fokus dan experiment. Ingat, takde orang akan datang rotan kita supaya buat tiap – tiap hari. 

Apa yang saya belajar daripada buku Scott H. Young? 

Belajar benda baru serius seronok. Awal – awal mungkin rasa susah gila nak fahamkan. Berasap otak sampai migrain jadinya. Namun bila dah biasa dan has skin in the game, mula dapat rentak yang sepatutnya. Experiment akan mula nampak hasilnya. Of course akan ambil masa. 

Let say set masa 3 bulan untuk ultralearning dan betul – betul go intense in it. Lepas 3 bulan kita sendiri akan rasa kesannya kepada diri sendiri. Sanggup ke tak je. If sanggup, go ahead. Explore things yang kita nak explore. 

Terima kasih Scott H. Young sebab berkongsi insights yang best tentang belajar.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *