Traction : How Any Startup Can Achieve Explosive Customer Growth by Gabriel Weinberg

“Most startups don’t fail because they can’t build a product. Most startups fail because they can’t get TRACTION.”

Buat bisnes ni bukannya senang. Nak bina sampai bisnes tu berkembang, boleh tahan peritnya.

Dalam buku Gabriel Weinberg dan Justin Mares yang bertajuk Traction : How Any Startup Can Achieve Explosive Customer Growth ni, mereka berkongsi tentang macam mana nak kembangkan bisnes. Apa channel yang boleh digunakan? Apa framework yang kita boleh belajar dan adaptasi dalam bisnes sekarang dan banyak lagi. 

Siapa Gabriel Weinberg ni? 

Beliau merupakan founder dan CEO kepada DuckDuckGo. Satu search engine yang emphasize mereka tak track users yang guna their search engine. 

Apa kesilapan yang Gabriel Weinberg dah buat? 

Dalam buku ni dia ada berkongsi 2 kesilapan yang dia buat tentang traction. 

  1. Tak ada traction goal. Apa yang dia buat, tak memberi progress yang baik. 
  2. Biased dengan pengalaman yang lepas. Hanya sebab dulu company dapat traction dekat guna strategi X, tak semestinya semua company boleh dapat hasil yang sama. 

Apa definisi traction? 

Naval Ravikant, founder kepada AngelList ada cakap,

“Traction is basically quantitative evidence of customer demand. So if you’re in enterprise software, [initial traction] may be two or three early customers who are paying a bit; if you’re in consumer software the bar might be as high as hundreds of thousands of users.” 

Paul Graham, founder kepada Y Combinator pula cakap,

“A startup is a company designed to grow fast. Being newly founded does not in itself make a company a startup. Nor is it necessary for a startup to work on technology, or take venture funding, or have some sort of ‘exit’. The only essential thing is growth. Everything else we associate with startups follows from growth.” 

Traction is growth. 

Banyak syarikat yang berjaya akan experiment dulu dengan multiple channels sebelum mereka jumpa channel yang berkesan. 

Gabriel Weinberg ni ada cakap, apa yang mereka jumpa semasa mereka buat research adalah: 

  1. Kebanyakkan founders biasanya akan guna traction channels yang mereka dah familiar ataupun channel yang mereka rasa sesuai dengan bisnes mereka. Ada channels yang underutilized yang biasanya akan terlepas pandang. 
  2. Sangat susah untuk predict traction channels mana satu yang berkesan. Selagi kita tak run test, kita tak tahu yang mana satu berkesan. 

Traction channel

Ada 19 traction channels yang kita boleh experiment untuk bisnes kita. 

Channel #1 : Targeting blogs 

Startup yang popular contohnya Codecademy, Mint dan juga reddit bermula dengan targeting blogs. Noah Kagan, former director of marketing untuk Mint share yang dia target niche blog pada awalnya dan macam mana strategy ni bantu Mint untuk acquire 40K customers sebelum launching. 

Channel #2 : Publicity 

Publicity ni maksudnya kita guna traditional media outlet contohnya surat khabar, magazines dan TV untuk promote bisnes kita. Jason Kincaid, former writer kepada TechCrunch cakap tentang pitching to media outlets, macam mana nak bina hubungan dengan wartawan, dan apa yang kebanyakan startups buat silap bila pasal publicity ni. 

Channel #3 : Unconventional PR 

Untuk unconventional PR biasanya akan melibatkan publicity stunts yang boleh tarik perhatian media. 

Channel #4 : Search Engine Marketing

Search engine marketing (SEM) boleh digunakan untuk advertise kepada consumers yang buat seach di Google dan search engine yang lain. Matthew Monahan berkongsi macam mana Achives.com grow gila menggunakan SEM. 

Channel #5 : Social and display ads 

Ads dekat reddit, Youtube, Facebook, Twitter, dan lain – lain boleh digunakan untuk reach new customers. Nikhil Sethi, founder kepada Adaptly berkongsi tentang macam mana mereka dapat traction gunakan social dan display ads. 

Channel #6 : Offline Ads 

Offline ads termasuk TV spots, radio commercials, billboards, infomercials, newspapers ads, magazine ads, dan juga flyers. Ads yang jenis ni khas untuk reach demographics yang susah nak reach online contohnya seniors dan less tech – savvy consumers. Jason Cohen, founder kepada WP Engine dan Smart Bear software kongsikan offline ads yang dia guna untuk acquire customers. 

Channel #7 : Search Engine Optimization (SEO) 

Search engine optimization (SEO) adalah satu strategi bila orang search certain keywords, website kita muncul dalam carian. Rand Fishkin dari Moz berkongsi tentang apa best practices untuk dapat traction menggunakan SEO. Patrick McKenzie, founder kepada Appointment Reminder juga berkongsi macam mana dia guna SEO untuk acquire lots of highly targeted traffic. 

Channel #8 : Content Marketing

Kebanyakkan startup ada blog namun tak semua blog akan bawa traction. Rick Perreault founder kepada Unbounce berkongsi macam mana blog mereka transform bisnes dia. 

Channel #9 : Email Marketing 

Email marketing adalah salah satu cara untuk convert prospects while retain and monetize existing customers. Colin Nederkoorn, founder kepada Customer.io berkongsi macam mana startup boleh gunakan this channel untuk dapat traction.

Channel #10 : Engineering as marketing 

Macam mana nak gunakan engineering as marketing? Dengan bina microsites, widgets, dan free tools untuk dapatkan leads setiap bulan. Dharmesh Shah, founder kepada Hubspot berkongsi macam mana engineering as marketing membantu growth Hubspot untuk dapat lagi ramai customers. 

Channel #11 : Viral Marketing 

Viral marketing disini lebih kepada word – of – mouth marketing di mana existing customer bisnes kita referkan bisnes kta kepada circle mereka. Ashish Kundra of myZamana, gunakan viral marketing untuk grow dari 100K users kepada 4M users dalam masa kurang setahun.

Channel #12 : Business Development 

Business development (BD) adalah proses untuk create strategic relationship antara kita dan partner. Paul English, CEO kepada kayak.com berkongsi apa impak partnership Kayak’s dengan AOL. 

Channel #13 : Sales 

Sales fokus kepada menjual produk kepada pelanggan. 

Channel #14 : Affiliate programs 

Syarikat macam HostGator, GoDaddy dan Sprout Social menggunakan affiliate programs untuk reach lagi ramai audience. 

Channel #15 : Existing platforms 

Fokus kepada existing platforms contoh Facebook, Twitter atau apps store untuk dapatkan dapatkan lebih ramai users untuk guna produk bisnes kita. Alex Pachikov, founding team kepada Evernote berkongsi macam mana mereka fokus kepada Apple’s App Store dan berjaya generate berjuta – juta pengguna. 

Channel #16 : Trade shows 

Salah satu peluang untuk syarikat showcase the products adalah dengan join trade shows. Brian Riley dari syarikat SureStop, berkongsi macam mana dia berjaya sealed partnership di trade shows.

Channel #17 : Offline Events 

Sponsor ataupun buat offline events boleh jadi salah satu cara untuk dapatkan traction. 

Channel #18 : Speaking engagements 

Eric Ries, penulis kepada The Lean Startups, gunakan speaking engagements untuk hit bestseller list. Dan Martell, founder kepada Clarity, juga gunakan speaking events untuk bagi talks dan grow startup profile. 

Channel #19 : Community Building 

Syarikat macam Wikipedia dan Stack Exchange bina komuniti around their products. Jeff Atwood dari Stack Exchange berkongsi macam mana dia bina Stack Overflow community dan grow the users. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *