Nak berjaya buat bisnes bukan setakat kena pandai buat sales je. Ada macam – macam lagi benda yang kita kena mahir.
Chet Holmes ada cakap dalam buku ni,
“You actually have to be great at leading, managing, and marketing.”
Untuk berjaya, tak boleh banyak alasan dan banyak songeh.
Kalau nak, buat. Kena ada disiplin dan determination.
“Any area of achievement in your life required you to stick with the basics until you become great.”
Dalam buku ni dia ada kongsikan yang setiap minggu kita boleh ambil masa sejam untuk berdiscuss macam mana nak buat proses dalam company jadi lebih effective, apa idea yang boleh guna dan banyak lagi. Sejam yang produktif bersama tim.
Tanpa disiplin dan determination untuk buat betul-betul, kita tend untuk jadi meleweh dan buang masa untuk buat benda yang tak perlu.
So apa yang kita boleh buat? Dengan mula manage time.
Kebanyakkan masa kita ni reaktif. Nampak something, terus nak setel. Nampak email masuk, terus nak buka. Jadilah kita sebagai orang yang reaktif. Kita kena mula jadi orang yang proaktif.
Chet Holmes bagi enam langkah untuk time management.
Langkah #1: Touch it once
Contohnya kalau kita dah buka email, reply terus email tu. Kebanyakkan masa kita multitask sampai task yang sebetulnya tak siap dengan sempurna. Sekejap buka email, sekejap jawab whatsapp, sekejap jawab DM twitter.
Kesudahnya kita tak take meaningful action.
Ingat,
“If you touch it, take action.”
“Concentration is like a muscle and it strengthens as you concentrate more.”
Langkah #2: Make lists
Bila kita ada list apa yang kita perlu buat, kita tahu apa priority kita. Produktiviti kita pun akan meningkat. Jangan banyak sangat list tu. cukup ENAM yang paling penting untuk hari tu je. By hook or by crook, enam perkara tu kena setel by today.
Langkah #3: Letakkan berapa banyak masa untuk setiap task
Tengok setiap task yang kita listkan tadi dan letak berapa banyak masa untuk kita dedicate siapkan. Bila kita buat macam ni, kita akan alert dengan masa kita sendiri. Yelah, by hook or by crook, enam perkara ni kena setel by today.
Langkah #4: Plan the day
Kena mulakan plan hari kita supaya kita rasa puas dengan hari tu. takde lah kita buang masa kat benda yang sepatutnya. Boleh gunakan kalendar untuk buat planning kita.
Langkah #5: Prioritize
Letak task yang paling penting first sekali. Biasanya task yang susah kita letak last kan? Jangan. Bahaya sangat. Yang paling penting dan susah tu lah kita patut setel dulu. Bila kita dah berjaya setel yang paling penting, kita akan rasa sense of control and accomplishment.
“Plan time to improve skills, performance, work flow, and organization for you and your department or company.”
Prioritize dan plan hari kita. Setiap hari.
Langkah #6: Tanya diri sendiri, “Will it hurt me to throw this away?”
Contohnya kita ada banyak gila email sampai berat storage. Padahal ada email yang boleh buang dah. So bersihkan inbox email kita.
Enam langkah pengurusan masa mengikut Chet Holmes:
- Touch it once
- Buat list enam perkara penting yang kena siap by hari ni.
- Plan berapa lama setiap task akan disiapkan
- Assign time slots untuk siapkan task
- Fokus dekat perkara yang penting dan susah dulu
- Tanya diri sendiri, “Will it hurt me to throw this away?”
Uruskan masa seharian kita. Kita taknak buang masa dan rasa loser. Kalau kita leader, penting untuk kita jadi leader yang proaktif, bukannya reaktif. Kita taknak asyik respon dekat benda yang tak perlu. Kita nak respon dekat benda yang penting dan boleh bagi impak dekat bisnes/company.
Ada banyak lagi perkara yang Chet Holmes kupas dalam buku ni. Saya tertarik dengan teknik pengurusan masa sebab bagi saya, urus masa ni penting sangat sangat. Duit boleh cari. Masa yang dah berlalu tak boleh dapat balik. Jadi, mulakan urus masa dengan bijak dan control apa yang kita boleh control.
Buku ni sesuai untuk orang yang nak improve produktiviti diri dan juga sales company. Silakan baca.
Nak beli buku ni? Klik : The Ultimate Sales Machine