The Hard Thing About Hard Things by Ben Horowitz

Bila bercakap tentang bisnes ni, macam – macam kita boleh dengar. 

“Sampai bila nak makan gaji? Tak nak ke buat bisnes?” 

“Buat bisnes ni untung. Boleh ada kebebasan masa.” 

(dan banyak lagi lah) 

Ben Horowitz membawa satu pandangan yang berbeza. Buat bisnes ni SUSAH. Dalam buku dia bertajuk The Hard Thing About Hard Things : Building A Business When There Are No Easy Answers, dia berkongsi tentang jatuh bangun perjalanan bisnes beliau. 

Buku ini bukannya buku yang sembang macam mana nak dapat juta – juta. 

Buku ini berkisar tentang macam mana anda sebagai orang yang buat bisnes perlu kental menghadapi ujian bisnes. 

Dalam buku ni, Ben Horowitz berkongsi pengalaman membina bisnes dari nothing, kemudian pernah lalui bisnes hampir bankrupt dan bangkit balik. Membaca perjalanan beliau ni boleh tahan rasa gila. 

Priority

Ada satu kisah dia dalam buku ni yang memberi kesan kepada saya. 

Masa Ben Horowitz tengah darah muda lagi, dia ada join satu company startup nama NetLabs. Masa tu dia tak tahu keputusan dia ni sebenarnya salah. Namun dia dapat tengok yang company agak kucar – kacir bila pihak atasan sendiri tak faham tentang produk dan teknologi. Dia sedar satu perkara penting : The importance of founders running their companies. 

Masa dia bekerja kat situ, dia diuji anak perempuan kedua dia ada autism yang mana membuatkan dia kena spend masa lebih dengan anaknya. 

Ada satu hari tu, ayah dia datang melawat. Masa tu dah lah rumah tengah panas 105-degree. Beliau pula tak mampu nak pasang air-cond. 

Ayah Ben ni tengok kat Ben dan cakap, 

“Son, do you know what’s cheap?” 

Ben ni punya clueless then dia reply,

“No, what?” 

“Flowers. Flowers are really cheap. But do you know what’s expensive?”

– ayah dia tanya lagi sekali. 

Lagi sekali Ben clueless then dia reply,

“No, what”

Ayah dia jawab je setepek,

“Divorce.” 

Ibarat ayah si Ben ni nak cakap,

“Nak, kau BUTA ke kau bengap? Anak kau sakit. Rumah kau panas. Takkan kau nak tunggu sampai bini minta cerai baru kau nak sedar kau kena pulun to provide the best to them? Are you blind?” 

Masa ayah si Ben ni cakap ‘divorce’, terus Ben tersentak. Selama ni dia langsung tak sedar tindakan dia yang meleweh tak all out, dia bakal hilang perkara yang paling penting dalam hidup dia. His family. 

Dia ingat tindakan dia selama ni dah cukup bagus dah padahal tak pun. Dalam buku tu dia tulis,

“I had to put first things first. I had to consider the people who I cared about most before considering myself. I started being the person that I wanted to be.” 

Keesokkan harinya dia resign dan cari kerja yang lebih elok supaya dia dapat provide the best to his family. 

Relationship

Ada satu pesanan tentang relationship yang saya suka. 

Ben Horowitz  ada cakap,

“No matter who you are, you need two kinds of friends in your life. The first kind is one you can call when something good happens, and you need someone who will be excited for you. Not a fake excitement veiling envy, but a real excitement. You need someone who will actually be more excited for you than he would if it had happened to him. The second kind of friend is somebody you can call when things go horribly wrong – when your life is on the line and you only have one phone call. Who is it going to be?” 

Carilah kawan yang bila kita gembira, dia lagi gembira daripada kita. Tak rasa dengki, iri hati. Dia betul – betul gembira dan excited sebab kita dapat berita gembira. Contohnya kita dapat offer tempat kerja baru. Bila dia tahu, dia the loudest yang akan jerit “Yes LOMPAAATTT!” 

Carilah kawan yang bila kita sedih, dia lagi sedih daripada kita. Tak rasa ujian kita ni kecik dan ujian dia lagi teruk. Dia yang lagi susah hati daripada kita bila kita diuji. Contohnya kita down teruk sampai nangis – nangis dah. Bila dia tahu, dia fiercely shout “Siapa buli kau ni?! Cepat bagitau aku. Aku pergi maki dia.” 

Bila kita dapat kawan yang macam ni, please make sure to appreciate and value this person. Susah nak dapat namun insyaAllah ada. 

A question 

Satu soalan common yang Ben Horowitz ni selalu dapat,

“What’s the secret to being a successful CEO?”

Sadly, no secret. Tapi Ben ni cakap, kalau ada satu skill yang perlu ada adalah, 

“The ability to focus and make the best move when there are no good moves. It’s the moments where you feel most like hiding or dying that you can make the best difference as a CEO.” 

Sebagai entrepreneur, akan ada masa kita lalu fasa struggle. 

“Life is struggle” – Karl Marx 

About the Struggle by Ben Horowitz. 

  • The Struggle is when you wonder why you started the company in the first place. 
  • The Struggle is when people ask why you don’t quit and you don’t know the answer. 
  • The Struggle is when your employees think you are lying and you think they may be right. 
  • The Struggle is when food loses its taste. 
  • The Struggle is where self – doubt becomes self – hatred. 
  • The Struggle is when you want the pain to stop. The Struggle is unhappiness. 
  • The Struggle is when you are surrounded by people and you are all alone. The Struggle has no mercy. 
  • The Struggle is not failure, but it causes failure. Especially if you are weak. Always if you are weak. Most people are not strong enough. 
  • The Struggle is where greatness comes from. 

Jadi macam mana nak overcome the struggle ni? 

  1. Jangan letak semua benda atas bahu sendiri. Mungkin tak semua benda yang kita boleh share dengan orang. Namun kita boleh share apa yang patut kepada orang supaya kita boleh selesaikan masalah tu. you need extra brains. Si Ben ni ada cakap masa dia tengah struggle dengan company dia nama Opsware, dia inform the whole company yang company tengah problem. Nobody blinked. Team dia rallied and build a winning product. Get help. Don’t suffer alone. 
  2. There is always a move. Kadang ada masa kita rasa macam tak ada move yang kita boleh buat. Namun, sentiasa ada benda yang boleh kita buat. Masa staff meeting, boleh tanya soalan ni. 

“What are we not doing?” 

Apa benda lagi yang kita tak buat?If you want to be great, this is the challenge. If you don’t want to be great, then you never should have started a company. 

Antara perkara penting lain yang Ben Horowitz kongsikan dalam buku ni adalah:

  1. Cara yang betul to lay people off 
  2. Take care of people, the products, and the profits – in that order. 
  3. Cara bina tempat bagus untuk bekerja 
  4. Kenapa wajib train your people?
  5. Good product manager vs bad product manager 

(dan banyak lagi) 

Buku ni adalah salah satu my great reading. Saya belajar banyak perkara dalam buku ni. Tentang bisnes, pengurusan emosi, pengurusan people in company dan macam mana nak bina bisnes. Buku yang padu teruk! Should read it. 

Thank you Ben Horowitz sebab tulis buku yang bagus dan lain daripada yang lain. 

Boleh beli this buku kat sini : Ben Horowitz

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.