It starts with a conversation with my best friend, Adiff Nafillah.
Bulan Ogos 2023 dia mesej nak minta pendapat tentang konten social media dia. Since dia tengah nak grow in TikTok, she needs some direction. So we had a discussion and everything seems fine.
Masa tu dia ada share idea to focus on SAHM. I just know ada term lain untuk housewife.
SAHM means stay-at-home-mom.
Since my friend ni dah jadi SAHM for 3 years, might as well she cover that topics.
Cuma what makes me interested masa tu adalah bila dia cakap circle housewife ni kecik and support pun kecik.
I was thinking one particular question,
“Housewife takde komuniti ke?”
Sebab kalau ikutkan, kita boleh nampak banyak komuniti around the world.
Marketers, business owners, freelancers, people have mental health issues and so on.
Even remote worker in Malaysia pun ada community. Siap buat gathering dah pun.
Eh banyaklah komuniti dan support group.
So takkan lah housewife takde komuniti. Mengarut je.
I keep that in my list since takde akses to the market. Karang main tibai petik without no data, susah juga kan.
Tup tup today, I just found out housewife in Malaysia do have their own community.
Community tu siap berdaftar lagi.
Here is my findings based on observation dekat website dan social media.
Mini research about community housewife di Malaysia
Target market: Housewife yang berumur 25 – 45 years (jangan tanya kenapa sampai 45 tahun. Tu syarat dorang)
Solution yang mereka bagi: Support group untuk housewife. Ada aktiviti bersama ahli komuniti.
Fee untuk jadi ahli: RM15 untuk seumur hidup. Bayar sekali je.
Jumlah ahli terkini: 500 orang berdaftar
Aktiviti komuniti
Hujung bulan Oktober 2023 ni ada konvensyen khas untuk surirumah kat Kuala Lumpur.
Boleh hadir secara fizikal dan juga online. So anyone yang jauh, boleh tengok online je nanti. The fee pun affordable.
Pricing tier:
- Untuk yang bukan member, bawah RM100.
- Kalau member, dapat bawah RM50.
Antara aktiviti lain yang dah dibuat:
- Kupasan buku
- Training guna zoom
- Training pasal website
Plus, based on conversation dengan ahli komuniti (sempat lah gi kepochi jap tanya pasal komuniti ni), dorang ada aktiviti yang ikut negeri jugak. Contohnya orang yang kat Bangi nak buat aktiviti sama-sama, then they can go ahead.
Marketing part
Ada tanya macam mana dorang tarik surirumah untuk join this community.
Nampak kat Facebook aktif je page tu takdelah sendu sangat.
Jawapan for marketing part ni menarik. I’m like,
“Ohhhh… korang pakai cara tu rupanya?”
Ini kalau buat listening outpost nak tahu apa yang ada dalam kepala surirumah ni, boleh dah get some ideas.
Dari segi berapa besar market size housewife, tak sure berapa besar.
Anyway, it’s a good finding for me. Especially tahu yang surirumah do have community in Malaysia dan mereka aktif.
Will update this post accordingly if I found something interested related to this mini research.
Till then, stay curious and keep on exploring.