Nak cari apa tu?
< All Topics
Print

Rare and valuable 

Antara soalan – soalan yang biasanya muncul: 

  • Macam mana nak dibayar mahal? 
  • Apa skill yang patut kita belajar? 
  • Macam mana nak dapat kerja sedap? Yang kita rasa puas hidup. 
  • Saya tak tahu nak buat apa dalam hidup. 
  • Patut ke buat kerja yang saya minat? 

Kebanyakkan masa kita dihabiskan untuk membina career dan juga mencari duit. Bayangkan kita terus hidup tanpa kita timbang apa nak buat dengan hidup kita. Kita nak career yang memuaskan hati. Tak kisahlah bina bisnes, kerja dengan orang atau freelance. 

Outcome:

Nampak cara untuk 

  • Manusia bernilai tinggi. Tak terikut – ikut orang. 
  • Bina skills yang buatkan kita jadi rare and valuable. 

Duit = tukaran nilai. 

Kita dibayar (take) = apa yang kita bagi (give) 

“We get paid for giving the society what it wants (kita jadi valuable) that they cannot get anywhere else (kita jadi rare).”

Kita tak dibayar untuk susahnya kita bekerja. Nilai diri kita bukan pada susahnya kita bekerja. Kita dibayar untuk betapa susahnya gantikan kita. Law of supply and demand. Susah nak digantikan. Demand dia tinggi. Value dia tinggi. 

Bila kita nak jadi orang yang bernilai tinggi, capitalism rewards rare and valuable. Senang tak bos aku nak gantikan aku? Kalau susah, gaji kita tinggi dan harga tinggi. Kalau senang, gaji kita rendah. 

Macam mana nak jadi rare dan valuable? 

Macam mana nak jadi lain daripada orang biasa? 

Dengan belajar specific knowledge. Naval Ravikant pernah pesan, 

“Specific knowledge is knowledge you cannot be trained for. If society can train you, it can train someone else and replace you. Specific knowledge cannot be taught, but it can be learned. Building specific knowledge will feel like play to you but will look like work to others.”

Cuba belajar sesuatu yang orang tak tahu macam mana nak ajar orang lain lagi. Kalau kita ni replaceable, kita jadi tak rare dan valuable. Kita kena aim untuk jadi orang yang susah ditukar ganti. Kalau kita diganti pun, takkan sama dengan kualiti yang kita bagi. 

Belajar specific knowledge ni secara bersungguh – sungguh. Tak semua ilmu boleh diajar namun kita boleh belajar sendiri. 

Kenapa ada orang yang masuk kelas yang sama dapat hasil yang berbeza? Contohnya si A dan si B. sebabnya si A faham biasa biasa je. Si B belajar lepas kelas dengan lebih mendalam. Dia cari dan kaji lagi. Dia faham bukan macam si A. Of course result si B lebih daripada si A. 

Carilah ilmu yang boleh dipelajari tapi tak boleh diajar kepada orang lain. Kita sendiri kena belajar dengan lebih mendalam. Bukannya dekat ilmu. Tapi dekat diri kita sendiri. Tanam rasa ingin tahu yang meluap – lupa dan lebih mendalam. Ilmu tu kita boleh belajar sendiri ataupun belajar direct dengan training. 

Ilmu rare adalah ilmu yang kita cari dengan rasa meluap – luap. Orang nampak macam apa benda benda kita buat ni. Namun since kita yang lebih tahu apa yang kita tengah buat, susah pun rasa seronok. 

  • How dan why kuat = rare. 
  • Student yang belajar tu yang rare.
  • Jadi pembaca yang bagus = rare 

Kalau benda tu senang dipelajari dan semua orang dapat buat, kita tak akan dapat jadi rare. 

Bukan pasal apa. Tapi pasal cara kita belajar.  

APA vs BAGAIMANA 

Apa Bagaimana
Kelas terbaikStudent bagus
Teknik terbaikGood executor 
Buku terbaikPembaca bagus

Kita diajar vs kita belajar. 

Kita disuap vs kita cari makan sendiri. 

Jangan harap ilmu disuap dekat kepala lutut kita! 

Richard Koch ada pesan,

“Discover what you are best at doing and enjoy that is different from what all your peers are doing and that requires relatively little effort from you. Then put huge effort into honing that skill, so that it becomes monstrously greater than anyone else’s. Keep demanding that each year you make your peculiar talent more peculiar and much more potent. Use the skill to make the world a more interesting place. Don’t care about making money. If you have a fantastically different and useful skill, everything else you want will follow.”

Apa skills yang kita ada untuk kita bagi manfaat kepada orang lain?

Apa kita punya obsession? 

Naval Ravikant ada cakap,

“Be the best in the world in what you do. Keep refining until it’s true” 

Derek Sivers ada pesan, 

“Pick one thing and spend the rest of your life getting deeper into it”

Sekolah ajar kita pasal conformity. Kita suka sangat nak confirmkan dan minta confirmation orang. Kita tak reti berfikir untuk buat keputusan sendiri. 

Motto BRC: Berilmu dan bermanfaat. Menyumbang kepada orang dan dunia, kaya tu akan jadi by product. Hasil daripada tak sengaja. Tak kejar tapi dapat sampai rasa segan sebab senang rasa dapat.

Valuable 

Apa yang kita boleh bagi kepada dunia ini? It’s about them. Bukan pasal kita. 

Sebab kita bagi nilai lebih, kita dibayar lebih. 

Passion trap

Kita selalu dengar nasihat “buat kerja yang kita minat.” Nasihat ni nasihat yang berjaya sebab orang berjaya je bagi. Orang yang berjaya je percaya. Kita kena semak dulu sebelum percaya. 

Masalah yang ada pasal passion: 

  1. Kita tak tahu apa minat kita. 

Minat kita ni bermusim. Jangan tunggu minat tu turun dari lain sebab ia tak bawa kita pergi ke tempat yang kita nak pergi. 

  1. Minat kita hanyalah acah – acah. 

Apa itu minat? Kebanyakan orang ada minat yang menggedik, murahan. Paling bahaya bila kita samakan minat dengan senang. 

Minat yang sebenar adalah nyala rasa (rasa yang meluap – luap), bukannya benda yang tak susah langsung. Kita tak dibayar pun kita tetap akan buat. Infact kalau kita yang kena buat, kita tetap akan buat. 

Bila kita passion, kita berjaya menghasilkan sesuatu. 

  1. Kita syok sendiri. Minat = selfish.

“Do what you love is for amateurs (newbie). Love what you do is for professionals.” – Seth Godin. 

Kenapa surgeon buat kerja dia tak tunggu passion datang singgah? Sebab dia suka apa yang dia buat. Once on, terus dia boleh buat. 

Apa yang kita boleh bagi kat orang?

Purpose vs passion 

Jangan fikir apa yang aku minat? 

Kena mula fikir apa yang aku boleh tolong orang lain. Kita hasilkan sesuatu dan kemudian kita rasa mampu buat. Kita beri manfaat kepada orang. Rasa terhubung dengan manusia. Kemudian kita dihargai. Finally passion kita bertambah. 

Success yang akan beri passion kepada kita. Bukannya passion tu akan bagi success. Bila kita fokus kepada value dah orang, kita akan nampak hasilnya. 

Passion vs mastery 

Kita tak tanya soalan

“Apa yang aku minat?” 

Kita kena mula tanya

“Apa benda aku boleh master?” 

Bukan kita yang ikut passion. Passion tu yang ikut kita. Buat dengan passion. Fokus untuk jadi the best dalam apa yang kita buat. 

Passion is a side effect of mastery. Bila kita master, kita passion.

Adakah kita akan passionate pada benda yang kita tak improve? Kita PERLU ada mastery. 

Rare

Get paid where people can’t get anywhere else. 

Macam mana kita nak jadi rare?

  1. Perfect substitute

Berapa kita sanggup bayar bergantung kepada alternatif yang ada dan berapa susah nak gantikan ia. 

Contoh: 

Kita dah biasa bayar karipap A. Tapi bila karipap B sama sedap, sama saiz, harga bawah RM1, kita sanggup bayar karipap B. perfect substitute. 

Kita dibayar bukan kepada kuat kita bekerja. Kita dibayar bergantung kepada betapa susahnya untuk gantikan kita. Kalau kita ni easily replacable, kita akan dibayar dengan minimum wage. Kenapa kita tak dibayar mahal? Sebab kita senang ditukar ganti. Kita tak rare. 

Kenapa kita tak rare? 

Ilmu dan skill kita sama macam orang lain. 

Kenapa skill dan ilmu sama macam orang lain? Sebab kita baca dan belajar macam orang lain. 

Cari ilmu yang tak boleh diajar 

Kalau cikgu / sekolah boleh ajar kita, cikgu / sekolah tu boleh ajar orang lain. So kita akan jadi replaceable. 

“Try to learn something that people haven’t quite figured out how to teach yet.” – Naval Ravikant.

Cari ilmu rare. Kita je boleh belajar. Dapat ilmu yang rare dan kita boleh dapat kerja yang sedap dan tak boleh replaceable. 

Apa ilmu yang tak boleh diajar? 

Kita cari sendiri ilmu tu dengan rasa ingin tahu meluap – luap. 

Jangan buat perangai loser. Nak semua ilmu dihantar kat kepala lutut. 

Jadi manusia yang pelik dan obses 

Consume input yang pelik. Contohnya kita dengar lagu yang orang biasa tak dengar. 

Dunia ni luas. Cerita pasal duit bukan pasal duit. Cerita pasal duit adalah pasal psikologi. 

Jangan skadar baca rich dad poor dad. Go further. 

Baca: 

  • Psychology of money 
  • I will teach you to be rich 
  • Millionaire next door 
  • The undercover economist 
  • Freakonomics
  • Wealth of Nation (Adam Smith) 
  • Principle of Poli ecom and tax (david ricardo)
  • Financial modelling 
  • Business financial 

Kita semua bekerja untuk bisnes. So kena belajar financial modelling, financial business. Bila kita kerja, cuba kerja dengan real estate development. Belajar development, capital, banker / developer / investor / buyer. 

“Discover what you are best at doing that is different from what your peers are doing. That requires relatively little effort from you.” 

Richard Koch

Cari apa yang kau bagus buat, lain daripada orang lain, dan nampak macam senang bagi kita. 

Put huge effort to hone that skills so that it becomes monstrously greater than anyone else. Keep demanding until peculiar talent become more peculiar and more potent.

Use it to makes the world a better place. Don’t care about money. If we have skills that are different and useful, everything else you want will follow. 

Gabungkan kombo kemahiran 

Scott Adams (Pelukis Dilbert) : Dilbert Method. 

Dia boleh lukis komik dan funny. So rare. 

Ada cara untuk jadi top. 

  1. Top 0.1% in 1 spesific things 

Dari 100 orang, kita nombor 1. 

  1. Very good enough in top 25% at 2 or more fields. 
  • Communication – written, verbal 
  • Hard / technical skills – science, accounting etc. 
  • Learn to build (design, development, logistics, operate). Learn to sell (marketing, persuasion, leader, PR etc) 
Table of Contents