Nak cari apa tu?
< All Topics
Print

Pilih audience bisnes

4 soalan penting dalam tentukan audience bisnes.

How big is the market size? 

Kalau kita pilih market kecik, kita tak boleh grow. Besar sangat (broad), kita akan pening kepala. Unless kalau market deal tu worth. Contoh dapat client spent RM10 juta. 

Macam mana nak tentukan saiz market kita ni? [Data quantitative]

Contoh kalau guna Facebook. Boleh pin location dan interest. Tengok berapa besar audience. 

  • Demografik. Data bancian. Contohnya bancian kat Unley. Ada age, country of origin, median income.
  • Industry player 
  • Media : pesona pengantin etc. Pergi bahagian majalah tengok apa majalah yang ada.   

Potential income 

Volume x AoV 

100 MNC x 1 juta 

3 clients x 1 juta = kita boleh hidup 

1,000,000 x RM5 

(1%) 10,000 x RM5 = RM50K/year 

Berapa senang kita nak access market tu? 

Contoh kita dah tahu market tu ada kat FB dan media, kita boleh beli port untuk iklankan the business. 

Unfair advantage: 

  • Own audience 
  • Network 

Kena jelas dengan siapa audience. Contoh business printing baju. 

  • Tengok berapa banyak SBP kat Malaysia. Then pergi approach. 
  • Tengok berapa besar prospek tu nak berbelanja. 
  • Tengok kem dan siapa yang ada authority. Bagi derma / makan etc. 

Pergi ke low hanging fruits yang takkan lari. 

Mampu ke mereka bayar?

Nak ke mereka bayar? 

  • Mahu 
  • Mampu 

Boleh ke mereka buat keputusan?

Adakah mereka the decision maker? 

Pilih masalah 

  1. Masalah besar 
  • Mampu 
  • Mahu 
  1. Open. Tak ada set niche yang kita nak bantu. Tak ada anggapan apa – apa pun. 
  • How’s life? 
  • Apa masalah paling besar dalam 1 tahun ini? 
  • Kalau boleh spend RM100 – RM300 untuk solve 1 problem, apa dia problem tu?

Sebab kau tak tahu nak jual apa lah kau kena tanya orang!

Start dengan audience. Kemudian pergi kepada masalah. 

  1. Guided. Kita guide orang tu nak apa sebenarnya? Jimat / tambah: 
  • Time 
  • Money 
  • Health 
  • Status 
  • Relationship with love ones
  • Education 

Fikir masalah orang. Kenal diri sendiri. You don’t have to do it yourself. Assemble orang yang pandai buat. 

Case study: 

Lelaki : Bisnes urut. 

Masalah yang dihadapi : client bayar murah.

Kemudian dia cari audience yang main golf. Since dia ada akses kepada market ni, business dia makin maju. Sekali client bayar, beratus. 

Perempuan : bisnes kecik contohnya tudung etc. 

Tak pernah dapat atas RM1K. 

Tapi dia pandai menulis content. So apa yang dia buat adalah dia offer servis social media manager. 

Bermula dengan apa yang orang mahu. 

Refleksi : Validation 

  • Pilih audience 
  • Pilih masalah 
  • Jalan 

Perkara paling penting adalah kena kenal manusia dan apa masalah yang mereka nak selesaikan. Dah tahu apa masalah orang, bolehlah cari solution yang sesuai. Tak semestinya nak kena buat sendiri pun. Jadi middle man pun boleh. Tengok siapa yang ada masalah dan siapa yang boleh selesaikan, kita jadi the connector. Banyak masalah yang boleh diselesaikan. Yang penting kena mula buat. 

Dalam buku The Minimalist Entrepreneur ada cakap 

“You don’t learn, then start. You start, then learn.” 

Buat, then belajar. 

What people want

  • Pain and gain 
  • Before and after 

Both ni kita boleh selesaikan masalah 

  • Idea 
  • Marketing 
  • Copywriting 
  • Pricing 
  • Sales 

Apa transformation yang kita boleh offer kepada orang. 

  • Dari pain kepada gain.
  • Dari before kepada after. 

Fahami customer perspective

Kena faham customer’s perspective. Sudut pandang pelanggan. Untuk dapat apa yang kita nak, kena bagi apa yang orang nak. Bukan tentang kita. Kena focus on pelanggan. 

Kita nak articulate their situations and problem clearly. Understand them more than they understand themselves. 

Contohnya ada seller A dan seller B yang jual solution kepada masalah kita. 

Seller A : hanya bagi quotation 

Seller B : Understand our problem. Articulate our problem more than we understand our situation. Beria – ria nak bantu kita. 

Yang mana kita akan ambil? Of course seller B. Seller B lagi rasa dekat dengan kita. 

Bila kita boleh terangkan dekat someone masalah yang dia hadapi, dia akan terus rasa yang kita boleh selesaikan masalah mereka. We are the ONLY SOLUTION. Emotional level. 

Nature manusia adalah bila kita dapat terangkan masalah dia, dia akan trust kita. Menunjukkan yang kita faham keadaan dia. 

Jadikan persaingan tak relevan. 

Macam mana nak jadikan persaingan tak relevan? 

Great offer + connection  = no competition 

Contoh: 

Kerepek tak laku 

Kerepek laku : kenapa kita beli? Sebab kita kenal dengan makcik tu. Makan dari kecik. 

Iron Philips.

  • Tengok video Alang N Afiq. dia akan explain secara detail. Kita mungkin beli daripada orang lain tapi bila ada masalah, kita akan tengok video Alang N Afiq ni. 

Sambal 

  • Beli kat kawan sebab ada connection. 
  • Beli kat KA sebab ada connection. Kita tengok video dia dah bertahun.

Connection. Memahami audience. Benda ni kita kena ada. Baru persaingan tak relevan. 

Business owner / operator 

  • Sendiri tak faham kenapa pelanggan membeli 
  • Sendiri tak tahu kenapa dia menjual 

Secret superpower : 

[ Empathy + care ] + komunikasi yang hidup  = connection 

Marketing : kerja – kerja komunikasi 

Kalau kita asyik tanya “macam mana nak jual”, kita lupa tanya soalan lagi penting.

“Kenapa orang membeli?”

Trust wager

Kita serve audience SEBELUM duit bertukar tangan. Kita layan audience macam pelanggan kita SEBELUM dia jadi pelanggan. Kita bagi value kepada dia. SERVE, not sell.

Kita meletakkan kepercayaan kepada audience kita macam pelanggan kita. Kalau kita bagi value kepada audience kita, dia cenderung untuk tukarkan duit kepada kita. Kita care pasal dia dan kita layan dia baik – baik. 

Unstoppable skills

  • Faham apa orang nak 
  • Bagi apa orang nak 
  • Sampaikan dengan empathy + care  = connection 
  • Communicate and articulate clearly 
  • Attach meaning. Kita nak selit dan tampal meaning lagi detail kepada apa yang kita nak sampaikan.

Skill yang penting, dicampak ke mana – mana pun hidup. 

Kalau diri sendiri pun tak faham diri sendiri,susah.

Kenapa kena baca berkali – kali?

Sebab kita yang pertama kali baca tak sama bila baca kali kedua. Self awareness kena ada!

Bila kita faham orang, kita boleh tulis iklan yang sampai kepada dia. 

Bila kita guna template dengan jiwa yang kosong, tak sampai copywriting tu. 

Patah balik kepada jiwa manusia. Apa impak kita kepada dunia? 

Table of Contents