Metalearning
Definisi : learning to learn.
Apa cabaran besar yang kita hadapi sekarang?
Antara masalah yang ramai orang adalah dalam career, kehidupan, buat keputusan, tak boleh fokus dan banyak lagi. Cuba duduk dan listkan apa masalah yang kita ada.
Kenapa penting belajar cara belajar dan cara berfikir?
Dalam kehidupan ni kita adalah orang yang menghasilkan. Kita hasilkan output. Kita perlukan masa dan berfikir.
Namun bila kita tak ada kemahiran untuk berfikir, akibatnya kita akan lari fokus, tak urus masa dengan betul, tak yakin dan tak tahu cara belajar. Kita akan FOMO (fear of missing out).
Selain itu juga, antara masalah orang hadapi adalah kita tak buat dan kita tak reti buat.
Cuba duduk sekejap dan senaraikan apa yang kita nak dalam hidup kita ni.
Antara keinginan kita adalah:
- Rasa tenang.
- Buat keputusan yang betul.
- Nak pilih jalan yang terbaik
- Kerja yang sedap.
- Dihormati. Ada rasa self esteem.
- Ada clear thinking
- Nak disayangi pelanggan.
Kita nak hasilkan output. Bila kita tak ada kebolehan untuk fokus, output kita hancur dan kelaut.
“If you can learn, you can do anything.”
Kalau kita boleh belajar, kita boleh buat apa saja. Literally apa saja. Tinggal kita je yang nak ke tak.
Masalah yang kita sedang hadapi sekarang dah ramai yang selesaikan. Orang yang selesaikan tu dia dah dokumenkan perjalanan dia selesaikan sesuatu masalah (sama ada dalam bentuk buku, research, artikel etc). Rugi kalau kita tak boleh belajar benda tu. Hujung jari kita banyak info dah.
Tujuan kita belajar dan mantapkan skill belajar :
- Menjadi learning machine at will. Takde benda yang kita takut nak belajar.
- Be resourceful. Kita boleh jadi orang yang pandai mencari sumber. Tak perlu tunggu untuk disuap dan menunggu orang tolong. Kita boleh cari sendiri.
Prinsip belajar
- Nak ke taknak? Jawab betul – betul.
Maklumat di hujung jari. Takde alasan dah.
“Not the means of learning are scarce, it’s the desire to learn that’s scarce” – Naval Ravikant
Kita ada macam – macam source of learning.
- Quora
- Youtube
- Stack Overflow
Perbezaan antara orang yang rare dan orang biasa
Orang yang rare | Kebanyakan orang |
Those who trained themselves to handle complexity | Overwhelmed by complexities |
Those who can acquire skills | Distracted by all the media |
Discipline their minds. Pemikiran lebih jinak. bertenang. | Can never focus enough to learn |
“In the future, the great division will be between those who have trained themselves to handle these complexities and those who are overwhelmed by them — those who can acquire skills and discipline their minds and those who are irrevocably distracted by all the media around them and can never focus enough to learn.” – Robert Greene, Mastery
Orang yang rare : Banyak teknik, ilmu dan apa saja berlaku dalam dunia, dia tenang je. Dia tak menggelabah untuk terus melompat join sekali.
Orang yang biasa : Banyak teknik, berita kat dunia, dia jadi distracted dengan semua ni dan tak boleh fokus.
Contohnya kita bagi effort belajar selama 2 jam setiap hari x 3 hari seminggu. Kita cultivate diri sendiri supaya ada long attention span.
1 tahun = 52 minggu x 3 hari x 2 jam = 312 JAM
Dalam masa 312 jam ni kita betul betul bagi effort, cuba fikir apa ilmu dan project yang kita boleh buat.
Selingan : Masa interview Derek Sivers dan Tim Ferris, Derek Sivers cakap yang dia ada the world’s longest attention span.
Bahaya kalau kita cari instant gratification. Kita bosan kita pergi cari hiburan kat media social.
Cuba train diri kita untuk duduk buat kerja tanpa tengok handphone. Mula – mula set 15 minutes. Kemudian naikkan lagi kepada setengah jam dan seterusnya.
Antara perkara yang mengarut adalah orang akan lari kalau kita balas mesej terlalu lambat.
“Kalau kau tengok benda bodoh, kau tak sayang otak” – Bukhari Ramli
Tapis apa yang kita tengok dan masukkan dalam otak supaya otak kita boleh berfikir dengan elok. Kalau kita asyik tengok benda – benda bodoh dan buang masa, output yang kita hasilkan pun tak berkualiti.
- Rasa ingin tahu meluap – luap
Kita kena ada rasa curiosity yang meluap – luap. Rasa interested nak explore. Masalah kita adalah dah dibius dan membunuh rasa ingin tahu. Kita dididik untuk rasa comform (tunduk dan patuh) sampai rasa ingin tahu ditekan, kita rasa tak berdaya.
Cuba fikir apa benda yang kita minat dan obses?
Belajar kena ada rasa minat dan obses. Rasa ni akan membuat kita rasa mastery. Bila dah mastery, kita akan get paid well.
Kaji dan kuasai sepanjang hidup kita. Apa benda?
Containerization
Sebelum ni kalau nak angkat barang, leceh sebab kena angkat satu – satu.
Lepas buat containerization, reduce cost of international trade. Enable globalization.
Containerization is an amazing invention.
Apa benda yang kita minat dan kita nak belajar?
Ramai orang kata ada passion in something tapi mereka tak obsessed with it pun. Be interested to explore. Child like ability. Budak – budak explore bukan nak belajar. Belajar bukannya skema.
Contohnya suka movie.
Case study : Boston Legal
Study skrip.
Closing arguments – lessons in persuasion.
Cerita takde kaitan then pergi kepada argument
- Baca
Asas kepada belajar adalah membaca. Orang yang bijak pandai suka membaca. Dengan membaca, kita banyak pinjam kehidupan orang tu.
Masalah belajar
Ramai orang ada masalah belajar. Belajar itu ini tapi macam tak lekat. Asyik keluar masuk kelas namun hasilnya tak ada pun. Spent sampai beribu untuk kelas kononnya nak level up tapi habuk pun tak ada.
Ada 3 punca yang menjadi punca masalah belajar:
- Kenapa kita belajar (why)?
Kita tak tahu kenapa kita belajar. Kita tengok orang belajar X, kita pun ikut sama nak belajar X. hasilnya kita putus asa tengah jalan dan burnt out. Kita hilang minat dan tak ‘berselera’ nak belajar.
- Macam mana nak belajar (how)?
Kita tak tahu cara nak belajar. Kita mungkin dah usaha tapi kita tak dapat hasilnya. Kita jadi sesat dan tak ada landasan yang betul. Bertahun – tahun belajar tapi masih sama tak menjadi.
- Apa yang kita nak belajar (what)?
Ramai orang terikut – ikut orang lain. Orang belajar X, kita pun nak belajar X. Tak pernah betul – betul mendalami apa sebenarnya diri sendiri nak belajar. Kita ada shiny object symptoms. Akibatnya kita tak berjaya fokus dekat benda yang sepatutnya dan mengejar bayang yang tak penting.
Apa nak belajar? (what)
Pilih belajar benda betul bukannya benda salah.
Orang bisnes sibuk buat website. Dia sepatutnya belajar menjual dulu.
Kita mesti pilih cara betul untuk belajar benda betul.
Contoh nak belajar menjual. Bukannya pergi kepada skrip atau teknik. Tapi kena pergi kepada konsep, faham asas dan fundamental dulu.
Awal – awal belajar kena faham konsep dan definisi.
Macam mana nak belajar dengan betul? (How?)
Jawapannya adalah dengan belajar cara belajar.
Ada 4 langkah penting yang kita kena buat dalam belajar.
- Draw a map.
Kita kena tahu yang kita ni sebenarnya dari mana nak ke mana. Kenapa kita nak pergi destinasi yang kita nak pergi tu? Tanya diri sendiri soalan – soalan ni:
- Aku nak belajar something tapi apa sebenarnya yang aku dah tahu?
- What does success look like? Aku nak berjaya tapi berjaya tu macam mana?
- Aku nak jadi pandai tapi apa maksudnya nak jadi pandai? Pandai dari segi apa? Nak pandai sebab apa?
Kita kena clear dengan KPI dan target kita. Bila kita sendiri dah jelas dengan KPI dan target, lebih kuat nyala rasa dalam diri kita untuk dapatkannya. Kita tak nak pergi destinasi kita dengan membuta tuli. Jangan buang masa. Masa kita mahal.
Tahu je tak cukup. Tujuan kita nak pergi tu pun penting. Kita nak memahami apa dorongan dan motivasi kita belajar.
“Education is not the filling of a pail, but the lighting of a fire.” – William Butler Yeats
- Destinations
Berjaya belajar tu macam mana? Apa target dan KPI kita?
- Deconstruct
Kita kena pecahkan apa yang kita nak belajar. Contohnya kita nak belajar copywriting. Kena pecahkan menjadi bite sizes. Do outline the subjects. Situational and spatial awareness.
Buat milestone yang kita patut lalu. Jangan fikir terlalu jauh dan juga jangan fikir terlalu cetek.
Kalau nak belajar cara deconstruct apa yang kita nak belajar, boleh tengok Table of Content (TOC) buku. Buka buku dan tengok TOC dia. Boleh mula apply dalam learning map kita. Buat TOC sendiri. Bila kita ada kebolehan untuk buat TOC sendiri, kita boleh deconstruct anything.
Tengok penulis buku susun outline buku dia. Ramai penulis berfikir dalam – dalam masa nak buat table of content.
- Selection
Kita kena pilih apa yang kita belajar.
Ambil Pareto Principle : 20% input, 80% result.
Masa kita mahal. Kita tak perlu belajar semua benda. Belajar apa yang penting bagi kita.
Decide. Jangan telan semua. Burnt out nanti.
- Sequence
Buat susunan apa yang kita nak belajar. Tertib.
Lepas kita lukis peta, deconstruct dan memilih apa yang nak belajar, susun learning journey kita. Kita tak perlu pun nak melompat ke sana sini bila kita dah jelas dengan cara kita belajar.
Cara menyimpan dan menyusun ilmu
Kenapa walaupun kita dah keluar masuk kelas, namun kita masih sama macam sebelum masuk kelas?
Salah satu sebabnya adalah sebab dalam kelas kita nganga. Balik kelas, kita main campak merata je apa yang kita belajar. Kita tak duduk susun apa yang kita belajar ikut kategori yang sepatutnya.
Kalau kita keluar beli barang, kebiasaannya balik rumah terus kita proses masuk tempat yang sepatutnya. Ikan, ayam. Sayur mesti masuk terus dalam peti ais. Barang kering pula di tempat yang dah spesifik. Tapi apa jadi kalau kita beli barang dapur, balik tu kita campak je semua dalam stor. Nanti nak guna baru cari balik. Kerja gila namanya tu.
Jadi kenapa balik belajar kita tak susun? Kenapa kita campak je masuk dalam stor dan tak proses? Sama je kerja gila juga namanya.
Bila kita balik daripada kelas / training, keluarkan balik semuanya.
- Kita unpack apa yang kita belajar dalam kelas.
- Kita susun ikut kategori.
- Kita prep dan analyze. Kita proses dia.
- Kemudian kita simpan di tempat yang kita nak. Kita boleh simpan dalam Gdrive ataupun dalam knowledge base kita sendiri. External brain / second brain.
Salah satu kemahiran yang kita kena ada adalah proses ilmu.
Apa cara kita proses ilmu:
- Refleksi
Kita kena buat refleksi apa yang kita belajar. Lekatkan makna. Interact dengan material.
Faham : Intelek
Rasa : Emosi
Apa content dan context yang kita belajar dalam kelas.
- Content kelas pasal apa?
- Context pasal apa?
- Apa rasanya lepas kita belajar semua tu? Apa transformasi yang kita rasa? Kita nak bagi context kepada transformation kita. Bukannya sekadar rasa ‘best’, ‘seronok’. Dig deeper. Mungkin kita rasa rugi gila selama ni melantun ke sana sini tak tentu hala. Bila dah belajar dalam kelas rasa cerah kepala.
- More understanding
Kita tak nak lebih banyak knowledge / information. Kita nak lebih banyak kefahaman dan insights. Kita nak lebih banyak ‘rasa’. Feeling. Emotional state.
Bila buat proses refleksi, ianya adalah active learning. Kita nak capai active learning bukannya passive learning.
Bak kata Ray Dalio,
Pain + Reflection = PROGRESS
Kenapa beli? | Kenapa belajar? |
Lepas kita balik, kita keluarkan dari beg. | Lepas kita belajar, kita keluarkan. Contohnya buat refleksi. Tadi belajar apa? Apa yang kita rasa? |
Kategorikan dan susun ikut tempat sepatutnya. Senang nak cari kemudian bila nak masak. | Kita kena proses dan susun dalam kategori yang sepatutnya. Contohnya ilmu marketing dalam folder yang sama. Senang nak cari later. |
Cara nak buat reflection
- Feynman Method (6 easy pieces by Feynman)
Lepas habis kelas, pretend to teach some ‘kids’. Kita mungkin rasa macam kita faham tapi bila kita nak ajar orang, kita stuck dan tak boleh ajar pun orang lain. So jangan belajar secara pasif.
Bila kita nak kuasai something, kita pergi belajar dan kemudian tu kita ajar orang lain pula. Masa ajar tu tengok part mana yang kita tak boleh ajar orang. That’s the gap. Bila jadi macam ni, patah balik to the sources dan tengok balik apa yang kita belajar.
Terangkan cara senang. Kalau kita tak boleh terangkan, tandanya kita tak faham pun.
- Notes taking
Dalam kelas mungkin kita jenis yang salin bulat – bulat apa yang trainer tu sampaikan. Lepas balik kelas, kita berinteraksi balik dengan nota kita. Passive dan active learning.
Apa yang kita nak belajar?
Bila kita dah pilih apa yang kita nak belajar, pecahkan kepada dua bahagian.
- Konsep
- Definisi
Jangan bersembunyi disebalik jargon yang gempak. Jangan jadi mat jargon!
Contohnya kita nak belajar copywriting. Tak cukup sekadar rasa ‘nak’ belajar copywriting. Kena deconstruct.
Apa maksud copywriting?
Copywriting adalah ayat untuk buat orang bertindak membeli daripada kita. Bukannya ayat magik gempak terbalik langit.
Ayat = bahasa (stuff of thought – lintasan pemikiran. Alat komunikasi)
Kesilapan kita adalah rasa copywriting ni ayat gempak tapi tak sampai sampai pun komunikasi.
Lintasan pemikiran = tulis apa ayat yang prospek fikir.
Alat komunikasi = apa yang kita nak sampaikan.
Macam mana nak tahu apa yang prospek fikir?
Dengan bertanya kepada manusia. Bangkitkan nafsu mereka membeli dengan kita.
Copywriting = bukannya datang daripada kepala kita. Ianya datang daripada audience kita.