Mental Model
Apa itu Mental Model
Mental model adalah cara kita berfikir.
Kenapa kita kena belajar macam mana nak berfikir?
Sebab kebanyakkan masa kita tak berfikir. Unconscious automatic reaction. Kita ikut-ikut orang. Kita melantun. Kita terpenjara dalam kepala sendiri.
Mental model = macam mana cara kita memahami dunia. Cara kita berfikir tentang dunia.
Petua / maxim / aphorism : memudahkan kita untuk faham. Point / trigger understanding.
Kegunaannya adalah untuk kita buat keputusan lebih baik. Landasan supaya tak terkeluar daripada landasan. Framework before work. Apa landasan dia supaya kita tak terkeluar daripada landasan?
- Framework: Rangka untuk kita berfikir.
- Model: perlambangan, pewakilan / analogi
- Mental: berfikir
Kita berfikir menggunakan perlambangan.
Antara masalah yang orang hadapi dalam berfikir:
- Berfikir dengan serabut dan tak jelas apa nak difikirkan
- Takde perkakas untuk berfikir
- Keputusan serabut tak tentu hala
Kenapa kita belajar mental model?
- Perumpamaan / maxim / trigger / rule of thumb
- Melihat dunia melalui model
- Tools untuk mudah kita recall dan bincang
Contoh mental model dalam pepatah Melayu:
- Bagai aur dengan tebing : saling memerlukan satu sama lain.
- Kacang lupakan kulit : orang tak menghargai jasa orang
- Lentur buluh biar dari rebung : Bentuk anak dari kecil
Dari mana kita nak ambil mental model ni:
- Wajib daripada multidisciplinary. Dapatkan dari fakulti berbeza. Kita nak sesuaikan alat yang kita nak guna dengan aktiviti yang kita nak buat.
- Kena ambil daripada model yang reliable. Model yang kita boleh bergantung harap. Pilih daripada sample size yang besar.
Reliable models come from large sample sizes.
Sample size yang besar to use as foundation:
- Dunia. Laws of math and physics. Universe.
- Organic system. Biology. Kehidupan yang ada di atas muka bumi.
- Human history. Recorded history. Human behavior yang 20K tahun kebelakang.
3 celik yang kita kena ada:
- Dunia (apa hukum hakam dunia) : Kimia and biologi, fizik, thermodynamics, newton laws, chemistry
- Nombor : Statistics, probability, arithmetic, logic
- Manusia : Psikologi, micro economics. Study the human actions on the conditions of scarcity.
Senarai Mental Model
First principle
Berfikir daripada basic paling basic. Dari akar terus. Truest truth without unnecessary assumption.
Apa cara paling efisien untuk selesaikan masalah? (pergi yang paling basic)
Contoh: Elon Musk nak buat TESLA. Time tu masalah battery. Kos $600/kWh. Darab 300 kWh. Kos bateri jadi $180K.
- Reasoning by analogy.
- Battery : cobalt, nickel, aluminium, carbon, etc.
- Dia pergi LME, dapat $80/kWh
- Dari 83% to 17%
Reasoning by first principle.
Kita kena faham.
Contoh : Copywriting ni kena power ayat pukau. Ni apa yang kita dengar daripada orang. Kita rational balik. Apa benda sebenarnya copywriting ni. Pecah lagi sampai dah tak boleh pecah. Apa core isu dia? Copywriting bukannya pasal template, formula, skrip
Apa itu copywriting?
Bahasa : alat komunikasi
Personal branding
- Kena buat selalu (NO!)
- Apa yang paling penting? Branding adalah identiti dan reputation.
Apa yang paling basics sekali?
Bila kita belajar, kita pergi kepada konsep dulu.
Reasoning by first principle vs by analogy (anggapan, ikut orang cakap, ikut cara sebelumnya).
Bila berbincang pasal masalah, kena define apa masalah sebenarnya?
Well stated problems are half – solved. Betul betul susun masalah, kita akan nampak dah nak selesai dah.
Path vs destination.
Kena bezakan matlamat vs jalan capai matlamat. Kadang kita tahu dah matlamat kita apa. Kita terlalu fokus kepada jalan capai matlamat sampai kita lupa matlamat.
Contoh kita di ajak untuk bercakap / mengajar di jabatan kerajaan / IPT. kita akan dibayar ikut sijil/
- Matlamat : speaker / guru bagus. Tapi lama – lama kita lupa matlamat ni.
Contoh : “Macam mana nak cari kerja takde sijil?”
Matlamat: Kerja siap. Staff yang reliable.
Jalan : sijil
Kalau kita boleh tunjukkan bakal bos boleh dapat matlamat yang dia nak, kita boleh dapat kerja tu. Track record. Portfolio. Kerja free selama sebulan.
“No one will value you more than you value yourself”
The power of incentive
Insentif bukannya free gift. Insentif rasa diri direward. Apa yang drives human behavior?
People respond to incentives. To incentivize humans, can be anything. Puji pun satu insentif.
Mak bapak ambil lambat anak daripada kindergarten. Kena denda. So parents ambil cepat sebab taknak kena denda. Tapi later bertambah bilangan parents yang ambil lambat. Dia sanggup bayar denda untuk ambil anak lambat.
Law of unintended consequences.
Dalam buku Freakonomics ada cakap yang kau boleh dapat apa yang kau nak kalau kau bagi incentives.
“Never ever do other stuff when you can think about the power of incentives” – Charlie Munger.
Kalau ada masalah dengan tindakan, kita akan jumpa ada masalah insentif. Mesti ada insentif yang tak align. Semua benda bergantung kepada insentif.
Kalau kita faham insentif, kita faham manusia. Kita nak manusia bertindak dengan sesuatu tindakan, kita kena bagi insentif. Bukan semata – mata bagi duit. Contohnya ingat, recognition, pujian.
Napoleon cakap kita boleh buatkan orang taknak pergi berperang boleh pergi berperang for a colored ribbon. Nak dapat pingat.
Carrot and stick
Reward and punishment.
- Bila takde hukuman, jenayah akan berleluasa.
Apa saja masalah yang berlaku, tengok kepada incentives.
Contohnya customer tak masuk kedai.
- Insentif : apa sebab dia nak masuk kedai?
Diri sendiri malas.
- Insentif : apa yang kita boleh buat untuk overcome this.
Principal – agent problem
Principal : directly impacted by incentives (bos)
Agent : indirectly impacted by incentive (pekerja)
Kalau kita buka company and kita pegang position principal, kita dapat untung lebih bila company kita untung.
Contoh ada pekerja. Kalau company untung 100K, gaji dia still sama. Dia takde insentif untuk menaikkan untung company. So macam mana nak naikkan semangat? Bagi insentif! Jualan naik , untung kepada principal. Tindakan agent membantu jualan naik.
Insentif : berapa peratus sebagai komisen.
Kalau staff tak dapat apa – apa, dia tak dapat skin in the game.
Macam mana kalau kita ni pekerja?
- Fikir macam principal.
- Train diri untuk jadi principal. Walaupun kita ni pekerja je, kita akan jadi principal or nanti kita dapat komisen / insentif, or kita berpartner dengan bos.
- Demonstrate diri as principal.
Don’t good reward to bad behavior.
Contoh orang datang memekak kat restoren, kita bagi diskaun. So apa dalam otak dia? Baik dia cari pasal.
Pattern = incentivise > behavior. Complaint.
Classical conditioning. Kita reward bad behaviour. Customer memekak nak murah, just let it go. Tak perlu berurusan dengan customer yang tak sesuai.
Side note: Beautiful mind. Game theory
Classical conditioning
Pavlov experiment. Dia ring the bell, anjing akan meleleh air liur nak makan. So lama lama anjing tu dah terbiasa. Ring the bell je anjing akan terus meleleh air liur.
False precision
Benda yang kita estimate atau guess, jangan kita nak dapatkan nilai yang tepat.
Contoh orang tanya berapa nilai suka nasi lemak. Jangan pula tiber kita jawab “7.8965”. Ketepatan yang palsu. False precision.
Dalam hidup kita pun sama. Kita kejar false precision.
Kita akan nampak bila compare tech spec.
Compounding effect
Awal – awal nampak macam kecik je tapi bila lama – kelamaan, ianya akan jadi banyak. Compounding effect.
Snowball effect. Exponential growth.
Contoh kotak chess.
Makin lama makin besar. Jangan melompat. Buat satu benda supaya dia jadi compounding. Fokus. Baca buku pertama susah. Tapi bila dah baca 20 buku, impak dia buku 20 lagi besar. Dalam majoriti sistem untung compounding, the end yang dia untung gila.
42 kali lipat sampai bulan.
Berapa kali lipat kertas untuk sampai separuh bulan? 41 kali lipat.
Mathematical thinking
Law of diminishing return
Pemikiran kita selalu dalam linear. Tapi kebanyakan masa ianya dalam diminishing return.
Adakah RM2 juta (2 kali lebih bagus daripada RM1 juta)?
Jalan kaki vs naik kereta yang harga RM2,000.
1,000 bagus. Jalan kaki penat!
Law of diminishing return
- Kita asyik nak yang terbaik. Padahal 70% dah bagus dah.
- Masa kita nak buat apa sebenarnya? Jangan kejar false precision.
- Jangan over sangat mengejar perfection
Orang bisnes suka nak buat logo cantik dan website cantik. Kalau kita nak tunggu website cantik, power, baru nak bergerak, habislah. Just because something is better, doesn’t mean it’s better.
Survivorship bias
Death man tells no tales. Jangan sekadar dengar cerita orang hidup dan berjaya. Orang berjaya ni naik hotseat,masuk billboard etc. digembar gemburkan berjaya. Kena tahu dia jadi betul – betul atau random error.
Dead men – silent evidence. Ada dropout tak menjadi dan kita tak dengar their stories.
Availability bias
Kalau kita senang recall, kita fikir cerita tu lebih betul.
Kemalangan kereta vs kemalangan kapal terbang.
Kita kena banyakkan diri kita kepada benda – benda yang luar news, cerita sedap.
Bezos razor
Razor : shortcut
Regret minimization framework.
Bila umur kau 80 tahun nanti, kita banyak menyesal benda yang kita buat ke benda yang kita tak buat. Kita menyesal tak buat. Kita akan fikir menyesal apa yang kita tak buat. So buat lah selagi boleh.
Henlon razor
Jangan kau rasa semua orang ni buat jahat. Sebenarnya dia tak ingat ke terlupa.
Never attribute to malice that which is adequately explained by stupidity.
Taleb’s surgeon
Kita perlu buat surgery.
Doctor A : tall, dark and hensem. Charismatic.
Doctor B : cakap gagap, pakai biasa je.
Kita akan pilih siapa? Biasanya kita akan pilih A. Nassim Taleb suruh B. despite dia kusut masai dan tak berkarisma, dia jadi pakar bedah. Yang B ni despite kekurangan dia, dia jadi power.
Kita ada beautiful bias. Doctor A senang nak dapat sebab kita tengok dia okay.
Orang yang tak charismatic, pendek, tak confident,tapi dia berjaya. So maksudnya dia betul betul power.
Kalau kita bekerja dengan Amazon, takde power point. Orang yang akan menang adalah orang yang ada karisma dan pandai cakap. Nak sampaikan idea, kena put in writing. Amazon 6 pager.
Multiply by zero
Benda hebat macam mana pun kalau darab dengan 0, still kosong. Jualan takde, tapi dia hebahkan. Still jadi kosong.
Gandakan kerugian
Kita menggandakan kerugian (cawangan rugi) bila buka cawangan baru dengan harapan untung. Kita gandakan kerugian kita.
Multiply inefficiency
Gandakan inefficiency. Sebelum kita multiply dan sistemkan, betulkan dulu flow sedia ada dulu. Tanpa tambah staff dan kos marketing. Kepincangan dalam flow. Kalau sorang buat kerja delay sejam, 12 staff dah 12 jam. Kos staff tu lagi. Rugi.
Inversion
What if the opposite is true? Terbalikkan dia. Nak berniaga kena ada modal? What if tak perlu pun modal?
Cara kita terbalikkan fikiran. Macam mana kita nak improve? Instead of fikir macam mana nak improve, what’s doing the most damage?
Tak perlu jadi pandai pun. Cukup kurangkan kebodohan.
Occam’s Razor
Assumption yang paling simple tu lah paling betul.
Murphy’s law
What will go wrong will go wrong.
Hofstadter’s Law
Bila kita merancang, mungkin tak dapat setel pun dalam masa yang ditetapkan.
Parkinson’s Law
Kalau kita ada masa 3 bulan untuk siapkan benda tu, so kita akan siap dalam masa 3 bulan.
Pareto : pilih kerja yang penting supaya tak ambil masa yang lama.
Parkinson : limitkan masa supaya kita boleh pilih kerja penting.
Supply and demand
- Harga naik bila supply jatuh dan demand naik.
- Harga turun bila supply naik dan demand turun.
Macam mana nak dapat harga yang tinggi?
Kita jual produk yang sama, cara sama, dan platform yang sama.
Orang yang makan gaji pun menjual jugak. Kena jadi rare dan valuable.
Kita kena ada USP.
BATNA (tool dalam rundingan)
Better alternative to negotiated agreement.
Kalau ada orang offer kita RM1,5000, kita lantakkan aje sebab kita ada better alternative. Dia ada better alternative kerja gaji RM3,500.
He who cares less, WIN. siapa yang paling tak kisah, dia menang.
Sentiasa hidup setiap hari untuk ada BATNA.
Always build your BATNA.
- Selalu bina skills
- Luar daripada time negotiation.
- Jangan terkinja – kinja dengan low balls. Kita nak ada masa dengan anak. Kita value ketenangan kita tinggi.
Falasi 1 dalam sejuta
Dalam Malaysia, ada 30 orang. Dalam dunia, ada 7,000.
Freeman Dyson : miracle is just basic math. Kalau falasi ni 1 dalam sejuta, miracle akan berlaku kepada kita sekali setiap sebulan.
Sample size yang besar.
Miracle is bound to happen.
Contohnya kalau someone ni berjaya sebab dia masuk X. Ataupun sebab ramai, dia kebetulan jadi berjaya. Logik je kalau ada 1000 orang datang, 10 yang menjadi.
Bottleneck
Kita fikirkan current limit of the system.
Contohnya kita buat marketing yang power untuk satu bisnes. Tapi bottleneck dia pada production. Sehari dia boleh supply 100 unit je. So kalau kita improve marketing, tak jadi ape pun.