Driver and mindset
Kalau siapa yang ada subscribe email BRC, mesti ada baca emel pasal Earn This. Cerita tentang Saving Private Ryan dan juga pesanan Tom Hanks.
Earn this. Jadilah orang yang layak untuk hidup. Kau nak buat, kau buat. Jangan duduk cakap nak, tapi bila dah dapat, tak buat – buat. Sekadar cakap je.
Jangan sekadar tengok kepada bisnes sekarang. Belajar macam mana nak bina mindset sebagai business builder. Ada masalah, kita boleh relax je tak menggelabah tak tentu hala. Kita dah tahu macam mana nak selesaikan.
Wealth creation
Wealth creation ni bukan sekadar kaya.
Wealth = kaya yang mengkayakan.
Rich
Kita kaya. Kita ada rumah. Kita ada pendapatan yang selesa.
Wealth
Kita ada harta yang menghasilkan harta yang lain. Contohnya kita ada rumah dan rumah tersebut hasilkan duit yang boleh bagi kita untung.
Cuba fikir apa kebebasan yang kita nak.
Antara kebebasan yang kita nak adalah:
- Masa yang lapang dan boleh spent dengan orang tersayang
- Duit yang cukup dan boleh buat apa saja.
Walaupun kita ada bisnes sendiri sekarang, kita boleh je ubah bisnes kita.
Kita nak bina:
- Skill yang boleh buat duit.
Kita nak ada skill yang boleh buat duit dan memberi kita kebebasan yang kita nak. Kita nak ada control dengan result kita. Predictable certainty. Kita boleh rasa powerful dengan hidup kita tanpa rasa powerless.
- Bisnes
Kita nak bina bisnes yang boleh bertahan. Kalau kita kena bina semula bisnes kita, kita boleh buat since kita ada skill yang diperlukan. Fokus BUKAN kepada satu bisnes tetapi kepada skill yang boleh hasilkan bisnes baru yang menguntungkan.
Komponen – komponen bisnes
Terdapat 4 komponen dalam bisnes.
3SM
- Start
- Systemize
- Scale
- Multiply
Halangan nak dapatkan 3SM:
- Tak ada jualan
- Tak ada untung
- Tak ada sistem
Framework + solve problems (kena ada ni)
MECE : Mutually exclusive collectively exhaustive
Macam mana nak breakdown selesaikan masalah? Buat framework MECE ni. Cari 3 punca kepada masalah dan pecahkan kenapa ianya menjadi punca. Formula 3 x 3.
Ultimate goal
Nak dapatkan validated and profitable business model. Kita bukannya nak satu bisnes. Kita nak kuasai jalan untuk sampai ke sana. Skill mencari business model yang profitable lagi penting daripada bisnes tu sendiri. Target untuk menjadi business builder.
- Kalau dah achieve RM100,000 sebulan, kuatkan basic.
- Kalau dah achieve RM1,000,000 sebulan, kuatkan basic, flow dan structure.
- Kalau dah achieve RM3,000,000 – RM5,000,000 sebulan, kuatkan basic, flow dan structure.
Kukuhkan basic, flow dan structure. Jangan pergi kepada teknik – teknik pelik.
Case study
Ada satu client BRC yang stuck dekat RM300,000 – RM500,000 sebulan. Dah 6 bulan stuck dekat level ni. Masuk consulting dengan BRC pada bulan 7 2020.
Lepas masuk consulting BRC, bulan 11 2020, jualan meningkat kepada RM700,000 sebulan. Kemudian bulan 12 2020 berjaya capai RM1,000,000 sebulan.
Normal people bila dia dengar cerita macam ni, dia akan terus tanya apa teknik yang client ni pakai.
Apa teknik yang dia pakai?
- Duduk dan buat refleksi. Jangan terus terkejar rasa gembira bila capai RM1M.
- Apa emotional state, intellectual state dan simpan benda tu dalam tulisan. Lesson yang kita dapat tu tak nak fly pass. Dia tak simpan dan botolkan dalam satu tempat. Kita tak nak lupa. Tulis dan ajar diri kita.
Apa big impact yang client ni dapat? Dia ada lebih banyak masa lapang. Rasa lebih mudah buat decision dan ada lebih leverage. Walaupun sales makin naik, ada banyak masa lapang. Best kan!
Belajar untuk rekodkan perasaan kat state turun naik bisnes kita.
- Emotional state : rasa / feeling
- Intellectual state : flow / SOP / langkah
Bila kita jatuh, kita rasa down. Kalau kita tak ada kapsul masa, kita akan down lama gila. Down sampai tak tahu nak buat apa.
Tapi apa jadi kalau kita ada kapsul masa? Masa kita jatuh down, kita boleh masuk balik dalam kapsul masa dan tengok apa yang boleh dibuat untuk naik balik.
Emotional state – bila kita down, kita nak buka balik ‘capsule success’ dan tengok balik kenapa kita berjaya dulu. Kita nak achieve back the success.
Intellectual state
Lebih baik kita gagal dan kita tahu kenapa kita gagal daripada kita berjaya tapi kita tak tahu kenapa kita berjaya. Kita jahil dan buta kenapa kita berjaya. Perasaan kita berjaya.
Kalau diri kita down, dapat jalan power pun tak jadi.
Bila jatuh, hidupkan balik emosi, dalaman kita bila kita naik. PENTING!
Kita kena buat juga untuk bisnes kita. Apa transformasi pelanggan?
Macam mana kita nak buat untuk pelanggan kita kalau kita tak pernah buat untuk diri sendiri? Tak jadi.
Value proposition. What is the biggest transformation yang kita boleh bagi untuk orang.
Kenapa kita kena ajar diri kita untuk buat refleksi dan kemudian kita boleh guna untuk pelanggan kita.
Business owner hanya deal with manager. Manager urus leader. Leader urus the marketers.
Macam mana bisnes tu boleh jadi besar?
Design the system.
Kita takkan acah – acah nak buat semua benda. Kita letakkan orang yang betul dekat tempat yang betul. Kita ada pembuat flow yang jalankan flow.
Bisnes akan jadi struggle bila dia buat semua benda semua.
3SM (ingat ni)
Bila dah capai tahap multiply = instead of satu company, dia dah membiak menjadi 3 – 5 company.
Kena target naik level yang boleh leverage.
Bisnes:
- Bukan jual produk
- Bukan buat produk
- Bukan buat marketing
(ni semua aktiviti bisnes)
Kerja kita adalah untuk susun aktiviti bisnes dan kerja – kerja lain untuk capai objectives bisnes. HR, admin, finance, tax – bekerja dalam bisnes. Kita nak kerjakan bisnes.
Contoh bisnes karipap
Buat karipap > jual > bina bisnes
Infra dah betul, baru dapat multiply dengan betul. Struktur yang bersepah susah nak manage dan benda yang bersepah susah nak dikembangkan.
3 perkara penting yang kita kena jelas
1. Target untuk bina bisnes yang hasilkan duit.
Buat > jual > bina bisnes (TARGET NI)
Hasil > dapat income > aset menghasilkan income
2. Faham perbezaan kerja membuat dan membina aset
Kerja membuat:
- Jual
- Marketing
- Posting
3. Jangan sangkut dalam minutiae (minor details).
Kita kena ada pandangan big picture. Jangan sampai kita tak boleh tengok hutan sebab kita asyik tengok pokok. Ataupun kita asyik duduk tengok daun. Benda remeh temeh.
Small things please small minds.
“Apa cara terbaik?”
“Apa ayat gempak?”
“Bila nak post?”
Betulkan benda yang besar.