Sistem book journaling

Minggu lepas Adib Hazlami ada tanya satu soalan ni,

“Zu, when you read kan, do you use any apps untuk track ke untuk take notes ke?”

Jawapannya: Untuk apps, saya pakai Google Docs untuk take notes

Saya create a super simple system bila nak tulis notes pasal buku yang saya baca.

Apa sistem tu?

Setiap buku yang saya baca, saya akan tulis 5 benda ni:

  • Title buku
  • Author buku
  • Date buku publish
  • Quotes yang saya suka daripada buku
  • My thoughts pasal buku yang saya baca tu

Dua yang bawah sekali tu paling penting.

Kenapa?

i) Quotes yang saya suka daripada buku

Saya take note points apa yang saya suka. Contohnya ada ayat penulis yang memberi kesan gila ke, ada points daripada author lain yang dia letak dalam buku tu jugak ke. Basically apa – apa je lah yang saya suka.

ii) My thoughts pasal buku yang aku baca tu

Yang ni bagi saya sangat penting sebab aku akan tulis based on my reading tu, apa yang saya belajar? Apa yang saya rasa? Adakah buku ni bagi something new to me that challenge my thinking? Muntahkan aje semua.

Contohnya buku Ben Horowitz tu ada satu quotes sedap pasal friendship. Dia cakap,

“Dalam hidup ni kau perlukan dua jenis kawan. Satu, bila kau gembira, dia lagi gembira. Kedua, bila kau tengah bermasalah gila dan kau boleh call sorang je, sape orang tu?”

So 5 benda ni lah saya akan tulis setiap kali saya baca buku. Baca buku tak semestinya dari kulit ke kulit. Ada je yang tak habis baca habis semua. Kadang baru baca satu chapter je dah sedap nak mati. Menyala mentol dalam kepala sis.

Semua notes yang saya tulis pakai Google Docs tu saya simpan dalam satu folder Google Drive nama Book Journal.

Dari notes tu, nak keluarkan point buat tulis artikel pun boleh. Buat content social media pun boleh. Ah macam-macam lah boleh buat.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *