Monday blues

Tengah Monday blues ke tu? Ke tengah semangat nak mulakan pagi Isnin?

Kalau semangat, bagus.

Mari kita kerjakan target kita untuk minggu ni.

Kalau tengah lemau lemau, insaflah. Sampai bila nak lemau lemau ni? Cergassss.

Apa tips untuk tak rasa Monday blues?

Tipsnya adalah masa weekend kita kena sedap.

Berehat spend masa untuk diri sendiri recharge. Berehat spend masa untuk family.

Bila kita recharge diri kita masa weekend, hari Isnin kita kembali bekerja dengan penuh semangat. Yelah kita kan ada azam 2023.

Ape lagi kalau betul-betul nak, kita buat lah sampai jadi.

Masa kerja, kita kerja betul-betul.

Masa rehat, kita rehat betul-betul.

Kita sendiri kena cuba seimbangkan. Badan nak pakai lama.

Jangan sampai terpelanting penat teruk sangat. Bahaya.

Risau pulak kang lain jadinya. Lagi satu, sebelum mula kerja hari ni, cuba tuliskan apa yang kita nak fokus untuk hari ni.

Dah tulis, terus buat.

Bertanggungjawab dengan masa dan hidup kita sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *