Minggu lepas, saya ada kongsikan tentang sistem ambil nota daripada buku. Ada yang reply emel saya share feedback. Terima kasih.
Saya baca dan hargai sangat.ย
Incase kot ada yang curious apa kepentingan tulis nota, dia sebenarnya untuk kita capture apa yang kita baca dan belajar. Yelah bukan boleh harap sangat ingatan kita ni. Bila kita tulis dan simpan, nanti kita boleh refer balik. Nak buat content pun senang. Nak discuss dengan orang pun senang.
Ok done pasal sistem tulis nota.
Untuk minggu ni saya nak kongsikan tentang sistem urus masa pula.
Pernah tak anda buat to-do list tapi rasa macam overwhelm? Bila tengok to-do-list, kemain panjangnya. Lepas tu anda pun cuba lah untuk buat SEMUA to-do-list tu, tapi last last tak siap semua pun. Lepas tu rasa marah kat diri sendiri, rasa stress.
Ini sistem pengurusan masa saya yang mungkin anda boleh cuba pakai.
- Listkan maximum 5 benda penting yang wajib kena buat ikut date.
- Rankingkan mengikut yang mana paling penting untuk setelkan.
- Masuk dalam kalendar
Contoh dia macam ni:
5 benda penting yang kena setelkan pada 1 November:
- Update newsletter
- Prepare pitching deck
- Meeting with prospek servis content
- Payment training
- Article writing for X
Then lepas saya rankingkan ikut yang mana paling penting kena buat dulu, list saya akan jadi:
- Prepare pitching deck
- Article writing for X
- Meeting with prospek servis content
- Update newsletter
- Payment training
(Incase kalau tertanya-tanya kenapa saya list 5 je. Sebab tu cara saya setkan my win for that day. Letak 15 to-do-list dalam sehari pun belum tentu buat semua. So kena pandai manage masa dan jaga priorities.)
Then apa saya buat?
Saya terus setkan the task dan pukul berapa dalam kalendar. Sampai masa terus buat je tak payah banyak bunyi. Kalau pukul 8 pagi kena buat pitching deck, pukul 8 pagi tu lah terus buka slides dan be in the zone untuk buat the task.
Contoh kalendar akan jadi macam ni (contoh je ni tauuu).
Kalau benda tu takde dalam kalendar, maksudnya benda tu tak penting.
So gunakan kalendar sebagai productivity tools. Be in charge with our own time. Masa takkan datang balik.
Bila letak semua aktiviti untuk setiap date dalam kalendar, anda boleh tengok kat mana boleh selit lagi untuk anything extra. Contohnya nak ngopi ke, nak pergi networking ke,e nak buat project X ke, ape ape je lah.
Sendiri boleh tengok kemampuan masa ada ke tak.
Macam saya bulan ni baru je launch my GrowthPod dimana saya buat podcast yang berkisar pasal self-development. Baru dua episode ada.
- Cara bernetworking
- Satu soalan penting untuk diri sendiri kalau betul nak grow
Boleh dengar the episodes here : GrowthPod
Lagi dua bulan je lagi untuk tutup 2023. Make it worth. Jangan buang masa tak tentu hala anymore. Jangan serabut itu ini. Dah nak masuk 2023 dah ni.
Saya harap perkongsian saya ni membantu anda sedikit sebanyak.
Saya doakan semoga segala urusan anda dipermudahkan dan dapat apa yang anda doakan selama ni. Aaminn.