Kalah yang bermaruah.

Semalam masa saya naik grab, the driver pasang lah radio. Biasanya saya buat don’t know je sebab jarang dengar radio.

Sekali orang dalam radio tu cakap lebih kurang macam ni,

“Ada hari kita menang. Ada hari kita kalah. Bila kita kalah, kita kalah yang bermaruah.”

Ayat dia buatkan saya terfikir. Kadang kan kita buat something dengan bersungguh-sungguh. Punyalah bersungguh sampai kadang tak sempat lah nak makan.

Tapi, end up tak dapat hasil macam yang kita expect. Kita gagal. Bila kita gagal, kita akan rasa down and it’s normal.

Gagal tu biasa.

Buat tapi tak jadi tu biasa. It’s okay.

Bila kita gagal, kita kena tahu kenapa kita gagal. Contoh kita nak buat sale RM10K untuk Disember tapi kita gagal achieve.

So kita kena fikir kenapa kita gagal.

Contohnya mungkin sebab:

  • Marketing tak cukup
  • Salah target market
  • Closing tak power

List downkan semua penyebab kita gagal capai.

Then kita improve untuk next.

Kita kalah yang bermaruah.

Bukannya asyik dok merintih buat tak jadi, tak power, menyalahkan orang lain.

Own our mistakes.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *