Jangan give up!

Jangan give up

Untuk minggu ni, saya nak cerita tentang satu movie. Kalau anda ada masuk dalam Telegram saya, mesti ada perasan saya tulis satu movie nama Emergency Declaration

Movie ni pasal satu kapal terbang Korea yang on the way nak pergi Hawaii. Bayangkan nak pergi bercuti tapi tup tup berdepan dengan virus yang membunuh. Ada orang psiko pergi sebarkan dalam flight tu.

Dah lah lepas sorang, sorang mati depan mata. 

Bayangkan chaotic dia macam mana. Macam – macam dorang buat untuk selamatkan nyawa. 

  • Pergi US nak landing, tapi US tak bagi.
  • Pergi Jepun sampai announce emergency declaration, pun Jepun tak bagi. 
  • Terpaksa patah balik ke Korea. Masa tu minyak dah lah tinggal sikit je. 

Tapi bayangkan dah sampai Korea ni, nak landing dah, tak boleh landing jugak! Sebab ada protesters tak bagi dorang turun. Takut nanti sebarkan virus kat orang yang kat darat ni. 

Orang yang dalam flight ni punyalah down teruk. Sampai akhirnya dorang call tim yang kat darat dan call tu satu Korea boleh dengar, 

“Dengan berat hati, kami decide takkan landing. Kami taknak orang lain infected. Bukan kami mintak nak dapat virus ni. Kami dah cuba sedaya upaya.”

Menitik air mata bila dorang announce ni sebab ye lah sikit lagi weyh. Masa pilot tu announce dorang takkan landing, berat gila rasanya. Endingnya tengok lah sendiri 😂

Saya belajar banyak benda daripada movie ni. 

Antaranya adalah bertenang.

Sometimes kita ni satu persatu ujian hidup datang. Punyalah rasa sesak nafas, rasa down, nangis tak yah cakaplah kan. Bukan kita tak usaha. Dah usaha. Tapi kadang bila berdepan dengan ujian tu, berat gila beban kat bahu. 

Jangan sesekali give up. Keep moving dan sentiasa minta Allah bantu mudahkan jalan untuk kita keluar daripada masalah tu. Dan kita tak semestinya tanggung sorang-sorang. Reach out ask for help. It’s okay not to be okay. 

It’s okay not to be okay. It’s okay to ask for help. 

Kita usaha sungguh-sungguh, insyaAllah akan dapat hasilnya.

Jangan give up, okay?

Dan saya doakan anda yang baca emel ni, semoga dipermudahkan segala perjalanan dan juga jika ada masalah, semoga masalah anda dapat diselesaikan. Kita mungkin tak rapat sangat tapi saya harap emel saya membantu anda sedikit sebanyak. 

Stay safe and stay strong. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *