InControl: A Systematic Approach to Taking Complete Control of Your Life and Career by Reza Abraham

Pernah tak kita rasa macam serabut dan stress gila? 

Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Tengok orang macam senang betul dapat itu ini. Rasa macam kenapa orang lain boleh pergi laju gila? Kenapa kita slow? 

Dalam buku Reza Abraham ni, dia cerita tentang macam mana nak take control of our own life. Sebab hidup kita ni adalah tanggungjawab kita sendiri. Apa yang kita nak tak sama dengan apa yang orang lain nak. Malah dugaan hidup pun lain – lain. Apa yang kita tengok dekat mata kasar boleh jadi sebenarnya salah. Yelah kita tengok orang tu happy. Kita tak tengok dan tak ada masa dia tengah susah dan jatuh tergolek. 

Reza Abraham kongsikan tentang macam mana kita boleh live in control. Kawal hidup kita dan tahu ke mana arah tuju. 

Living in control is when: 

  • You do what you love.
  • You love who you are doing it with.
  • You love who you are doing it for.
  • You love how you are doing it. 

Slow down and enjoy the journey right now 

Masa anak lelaki pertama Reza ni lahir, dia selalu rasa nak cepat dan tak sabar. 

“Tak sabarnya nak anak aku cepat berjalan.”

“Tak sabarnya nak dengar anak aku panggil aku daddy.”

“Tak sabarnya nak anak aku bercakap.” 

Bila dia ada dalam keadaan ni, dia sedar yang sebenarnya dia tak enjoy keadaan sekarang. Dia asyik tengok dekat masa depan yang belum tentu pun akan jadi. 

Kebanyakkan daripada kita ada masalah ni. 

Tak enjoy journey kita sekarang.

Rasa macam tak cukup. Rasa macam bilalah aku nak achieve X ni. Rasa rushing dan selalu rasa macam tak tenang. 

Soalan penting,

“Can you slow down and enjoy the journey and love where you are right now?” 

Can you? 

Lagi soalan penting,

“If money and time weren’t a problem, what would you do?” 

Cuba fikir dalam – dalam, apa sebenarnya yang kita nak. 

Control apa yang kita boleh control. Ya adakalanya kita akan terlepas peluang dan buat silap. Kita manusia. Of course tak perfect. Tapi kalau kita hidup dalam rasa kecewa dan penyesalan, kita takkan bergerak ke mana. 

Apa yang kita boleh buat adalah take notes, collect feedbacks, buat reflection dan jangan sampai terlepas peluang depan mata. 

“What doesn’t kill you will make you wiser if you are disciplined to do a fine reflection and analysis over the loss.” 

Jangan berputus asa. 

Move on, grow, and help others. 

Soalan penting yang seterusnya kita boleh tanya kat diri sendiri,

“Am I happy?” 

“What is stopping me from being happy?”

Fikir dan jawab betul – betul. Kita je tahu kita ni sebenarnya happy ke tak dan kalau tak happy, kenapa kita tak happy? Macam mana kita boleh bertindak untuk ubah kehidupan kita? Macam mana kita boleh bergerak untuk capai apa yang buatkan kita happy? 

Percayalah,

“Life is too short to live with regret.” 

Be in control of your happiness. 

Quotes yang best dalam buku ni:

  • “In the end, you are in control of your destiny. One day or day one, you decide.” – Reza Abraham 
  • “Take control of your consistent emotions and begin to consciously and deliberately reshape your daily experience of life.” – Tony Robbins 
  • “You can accomplish anything in life, provided that you do not mind who gets the credit.” – Harry S. Truman 
  • “True humility is not thinking less of yourself; it is thinking of yourself less.” – C. S. Lewis
  • “Living in the present moment means letting go of the past and not waiting for the future. It means living your life consciously, aware that each moment you breathe is a gift.” – Oprah Winfrey 
  • “Comparison is the death of joy.” – Mark Twain
  • “People don’t buy what you do; they buy why you do it.” – Simon Sinek, Start With Why 

Kesimpulannya, bagi saya buku ni best sebab dia menjentik kepala untuk hidup pada masa sekarang dan jangan hidup dalam penyesalan. Apa yang lepas, dah lepas. Dulu hidup kita sial, ada itu ini masalah, kena itu ini, so takpelah. Yang lepas tu lepas. Nikmati hidup sekarang dan unleash our potential untuk hidup yang kita nak. 

Reza Abraham kenalkan sistematik approach macam mana kita nak take control of our life. Ada 12 pillar semuanya. 

  • Character 
  • Communication 
  • Curiosity 
  • Compass 
  • Courage 
  • Collaboration 
  • Connection 
  • Competency 
  • Companion 
  • Cash 
  • Condition 
  • Contribution 

Kalau nak tahu apa maksud untuk setiap pillar ni, bolehlah baca buku InControl ni. 

Nak beli buku ni? Klik : InControl by Reza Abraham

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.