Pernah tak kita rasa macam banyak gila nak kena buat dan rasa macam tak ada masa lapang langsung? Sampai satu tahap, kita penat gila. Kita jadi burnt out, stress gila dan kesihatan pun on off. Bukan hanya tu, masa dengan famili dan dengan diri sendiri pun tak ada.
Greg McKeown dalam buku Essentialism:The Disciplined Pursuit of Less berkongsi tentang macam mana kita nak buat keputusan dalam hidup dan ada lagi banyak masa.
Kali ni saya nak berkongsi tentang apa yang saya belajar daripada buku ni.
Adakah benda ni penting?
Ada satu cerita tentang Sam Elliot (bukan nama sebenar) yang tengah alami rasa penat gila. Dia say yes kepada semua requests company tanpa berfikir panjang. Ye lah dia ingat he should do it. Dari satu meeting ke satu meeting dalam masa sehari. Sampai satu tahap tahap kerja dia merudum jatuh.
Ada satu masa tu company offer untuk dia retire awal tapi dia berbelah bagi sebab bagi dia, dia tak nak retire lagi. So dia fikir nak tukar jadi consultant. Mentor dia pesan supaya dia start buat benda yang essential je and ignore benda yang tak penting.
Bila ada request masuk, dia akan fikir dulu benda ni penting tak?
“Is this the very most important thing I should be doing with my time and resources right now?”
If yes, dia akan proceed untuk buat.
If no, dia akan pass dekat orang lain.
Dia stop attend any meeting yang dia tak boleh ada direct contribution to make.
“Just because I was invited didn’t seem a good enough reason to attend.”
Hasil dia buat macam, dia ada lebih masa untuk diri sendiri, famili dan juga buat benda – benda yang penting.
Greg McKeown ada cakap,
“Only once you give permission to stop trying to do it all, to stop saying yes to everyone, can you make your highest contribution towards the things that really matter.”
“Essentialism is not about how to get more things done; it’s about how to get the right things done. It doesn’t mean just doing less for the sake of less either. It is about making the wisest possible investment of your time and energy in order to operate at your highest point of contribution by doing only what is essential.”
Priority
Ada satu masa ni wife Greg Mckeown bersalin. Alhamdulillah dapat anak perempuan yang sihat. Kalau ikut logik, mestilah time tu tengah happy kan.
Tapi sebaliknya benda lain yang jadi.
Time ni Greg McKeown tengah stress sebab dia ada meeting dengan client dia. Colleague dia pulak perangai hauk semacam suruh jugak dia datang meeting. So dia pergi lah juga the meeting. Colleague dia siap cakap lagi
“The client will respect you for making the decision to be here.”
Namun tak pun. Muka client dia dah macam ‘ape benda mamat ni tengah buat kat sini. Bini kau baru bersalin kot ha.’
Dari moment tu lah Greg belajar,
“If you don’t prioritize your life, someone else will.”
Kebanyakan daripada kita suka sangat cakap yes to everything. Kita rasa kita kena setuju sebab kita patut buat.
Peter Drucker ada cakap,
“People are effective because they say ‘no’, because they say, ‘this isn’t for me.’”
Kita tak boleh buat semua benda.
The Model
Non-Essentialist | Essentialist |
“I have to” | “I choose to” |
Forfeits the right to choose | Exercises the power of choice. |
“It’s all important” | “Only a few things really matter.” |
“How can I fit it all in?” | “What are the trade-offs?” |
Reacts to what’s most pressing | Pauses to discern what really matters |
Says “yes” to people without really thinking | Says “no” to everything except the essential |
Tries to force execution at the last moment | Removes obstacles to make execution easy |
Takes on too much, and work suffers | Chooses carefully in order to do great work |
Is unsure of whether the right things got done | Gets the right things done |
Feels overwhelmed and exhausted | Experiences joy in the journey |
Thinks, “I can do both.” | Asks, “What is the trade – off I want to make?” |
Asks, “How can I do it all?” | Asks, “What can I go big on?” |
Sesi berfikir
Founder of Conversations, Frank O’Brien ada buat satu polisi. Setiap isnin awal bulan dia akan buat gathering dengan semua staff company untuk sesi berfikir dan bersembang. Sesi ni khas tak ada gangguan daripada kerja – kerja hakiki. No phone. No email. No meeting with clients.
Sesi ni juga dia buat sebagai litmus test untuk alert if anyone dalam company buat kerja – kerja yang non – essential.
Set aside time to take a breath, look around and think. Create space to think and focus.
Reflection
Antara benda penting yang saya belajar daripada buku ini adalah untuk duduk bertenang dan berfikir. Jangan menggelabah untuk terus buat dan say yes to everything. Duduk dan fikir. Benda ni penting tak bagi aku? Dengan limited time dan resources yang aku ada sekarang, boleh tak aku buat ni dengan sehabis baik? Kalau tak buat, boleh tak?
Belajar untuk decide dan tentukan apa yang kita nak buat supaya kita tak penat barai sampai tak ada masa untuk diri sendiri.
Jangan main tibai je buat semua benda.
Play a long term game.